Monday, April 30, 2012

Muzium Kapal Selam Melaka


Lokasi: Pantai Klebang Melaka
Bayaran: RM1.00 (dewasa), RM0.50 (kanak-kanak)
Waktu Operasi: 9.00 am - 6.00 pm

Selepas balik dari JUSCO Melaka we all singgah ke KLEBANG COCONUT SHAKE. Coconut Shake Klebang ni dah improve rupanya. Dah lama tak lalu area Klebang ni coz dah ada Lebuh AMJ. We all lebih senang ikut Lebuh AMJ. Alang-alang dah dekat so we all ke MUZIUM KAPAL SELAM.

Kapal Selam SMD OUESSANT AGOSTA 70 (buatan Perancis)

Dekat bahagian luar kapal ni ada info pasal Agosta 70 ni. Sejarah kapal, cara-cara macam mana to locate kapal ni dan banyak lagi. Baca jelah dekat board bawah Agosta 70 ni.

We all masuk ke Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang. Dekat luar (tepi jalan) ada signboard Muzium Kapal Selam tu. Ronda-ronda kat Dataran 1Malaysia tu konon-konon nak cari lokasi Muzium Kapal Selam tu tapi tak jumpa. Then tanya uncle yang jual layang-layang dekat situ dia bagitau kat mana muzium tu. Muzium tu tak nampak dari Dataran 1Malaysia rupa-rupanya.

Ekin with Agosta 70

Masuk je ke Dataran 1Malaysia tu u all kena jalan straight sampai ke hujung then belok ke kiri. Jalan sikit then u all boleh nampak dah Muzium Kapal Selam tu. Tapi u all akan rasa lebih seronok dan terpanggil untuk belok ke kanan. Coz kat belah kanan lebih menarik, pantai yang cantik, ada tempat lepak2, ada booth2 jualan, horse ride, etc...

Setakat ni Kapal Selam dibuka untuk tontonan umum hanya di bahagian luar sahaja. Bahagian dalam maybe akan dibuka pada tahun 2013. Harga ticket akan naik ke RM5 atau lebih.


Universal Studios Singapore, USS (Intro)


Lamanya I perap story USS ni. Sampai dah jadi malas nak tulis. Walau macam mana pun I tetap akan memaksa diri I untuk tulis jugak entry ni.

USS ni ada 7 ZONE semuanya:
  1. New York
  2. Sci-Fi City
  3. Ancient Egypt
  4. The Lost World
  5. Far Far Away
  6. Madagascar
  7. Hollywood
We all start dari kanan. From extreme ride to mild ride. GILA!
So I akan story Zone by Zone lah even we all pergi ikut dan je. 2 kali round jugaklah dekat USS ni. 2nd round tu pergi naik ride yang we all miss time 1st round (ride yg tak berapa famous). Pergi dekat ride yang BEST dulu & tak ramai orang.  Takdelah penat sangat I nak type panjang2. Seriously sangat LETIH!

Owh! Rasa nak pergi for 2ND TIME!!!


Sunday, April 29, 2012

Terminal Sate Zul, Kuantan, Pahang

Cerita lama yang dah basi. Baru nak update. Makanan tak basi coz dah jadi bentuk lain & dah disend ke IWK.

Ikut budak2 office pergi Kuantan Parade. One of our member yang nak beli Samsung Galaxy W. Fuhhh!!! I bile lagi nak tukar phone ni? Still stay dengan yang lama. Orang lain dah tukar banyak kali dah.

Dah dapat phone baru then depa pergi main kat archade tingkat atas. Main pool & ada yang pergi karox. Cissss! I malas nak join then just window shopping & makan2.

Dalam pukul 6.30 pm kitorang bertolak ke Sate Zul. Diorang kata sate situ sedap. So I pun ok je lah as long as recoomendation tu tak mengecewakan.

nasi impit + timun + bawang + kuah kacang

Restoran ni located on the main road from Kuantan to Teluk Cempedak, just before Kubang Buaya traffic lights. Restoran ni berada betul2 dekat tepi jalan sebelah kiri. Open at 6.00 pm onwards.

sate ayam + sate lembu
tinggal sate ayam & lembu je :: yang lain habis licin

Sate KAMBING, ARNAB & RUSA habis. Baru je berangan nak makan sate ARNAB & KAMBING. KECEWA!!!

nasi lemak :: nampak macam kurang something :: rupa2nya sambal takde :: sambal dia letak asing guna mangkuk lain

p/s:
  1. Photos taken by using Samsung Galaxy W. OK2 je.
  2. Kuah kacang tak berapa UMMMPH la that day.

Camera dah ROSAK!!!


Warghhh!!!
Tak boleh amek gambar lagi!
Kenapa tiba2 rosak?
Baru je bercita-cita nak active shooting.
Camera pulak buat HAL!

Bila on camera dia keluar
"Please release shutter again"

Dah release shutter tapi tak jadi pun. Dok steady keluar "Please release shutter agai" je.
On off on off camera. Then jadi BLANK! Dah tak keluar apa2. Hitam je screen tu.

Nak kena hantar repair lah ni!
Berapa agaknya?
Mahal ke?
Ada ke sampai harga sebuah camera I ni jugak?
Kalau macam tu kena angkat satu yang baru le...
Hehe..ada hati konon...

p/s: Baru je nak ENJOY! dah kena diet POCKET lah pulak! 

Berbaju Kurung di Pantai Kemasik

At last!!! Dapat jugak ke Pantai Kemasik ni. Saja je nak pergi Pantai Kemasik ni coz pantai dia CANTIK! Dulu time baru2 datang Kemaman ni I dah pernah pergi sekali terus FALL IN LOVE! Nampak banyak batu. Then tak bersempatan nak pergi lagi.

entrance::welcome to KEMASIK::sebelah je dengan R&R Kemasik

Nik Nurmaisara Nik Ahmad + Nur Fatin Ahmad Riyano + Nur Ifalyana Salim

!berkenan dengan batu ni::nak bawak balik!

tiga dara cmsb


Saturday, April 28, 2012

Bukit Mak Dayang, Chukai, Kemaman

Lepas Subuh Sara & Ieyfa dok lepak2 dlm selimut lagi! Kan I dah ckp smlm yg kita akan ke Bukit Mak Dayang. Grrrr! Wake up! Wake up! Owhhh! u org ingat I cakap kosong je ke?

Dari office dah nak pukul 8. Sampai sana dlm 8.20 am gitulah. Nampak basket ball court kat bawah bukit tu. Ramai jugak yg main. Mainly Malay pagi tu. Lepas turun dari Bukit Mak Dayang tu tengok yang main mainly Chinese pulak.


Tangga ke atas bukit. Ada peta. Ada about 450 anak tangga.
baca & hafal map dulu, plan nak pergi mana


TEMPAT-TEMPAT YANG PATUT WE ALL PERGI TAPI TAK SAMPAI PUN!!!
  1. Matahari Terbit - pergi awal pagi
  2. Matahari Terbenam - pergi time petang
  3. Air Terjun Mini
  4. Tembok Mini
  5. Telaga Tahun Ratusan
  6. Mak Dayang
  7. Rumah D'Kramat


Dengan pakai selipar jepunnye kitorang pun naiklah tangga tu. Haha. Semput gak. Lama tak exercise. Sepanjang dalam track tu ada signboard tunjukkan arah & jarak ke tempat menarik yang ditunjuk dalam map kat bawah tadi. Senang bagi hiker/jogger baru ke destinasi yang nak dituju. Takde lah sesat barat nanti.

view from the last point yang bertangga::lepas ni hanya ada track je sampai ke atas


Dengan selipar jepunnya kitorang pun merangkak2 naik. Haha. Tak berani nak extreme2 sangat dengan berbekalkan selipar jepun & tak bawa air langsung.


Memandangkan ini adalah first time kitorang pergi. So kitorang aim nak ke Mak Dayang sahaja coz nama bukit ni pun Bukit Mak Dayang. Kalau sehala je boleh ke semua tempat. Takut jugak la takleh keluar dok round2 dalam bukit ni. Tapi tak sampai jugak ke Mak Dayang. Kahkahkah. Kalau ikutkan hati mmg i nak teruskan. Tapi semua nak balik. Nak masuk office ada kerja nak buat. Yeke?


Ada kawasan yang kena turun & naik guna tali coz kawasan tu agak curam, licin & sempit. Rasa macam artis pulak masa hiking tu coz byk peminat. Nyamuk! Cisss buat I jd tension!


Ieyfa & Sara & daun besar & lebar

Sampai bawah dalam pukul 9 lebih gitu. Rilex2 skejap nak betulkan kaki yg gigil mcm parkinson then terus ke gerai nasi kerabu. Breakfast time & terus balik & mandi2 bersiap ke Mesramall Kerteh pulak.


p/s:
  1. Menghabiskan masa terluang sehari sebelum I balik Melaka.
  2. Rasa segar after hiking.
  3. Cisss! kerana kamulah Bukit Mak Dayang betis I kejang sampai 4-5 hari.



Friday, April 27, 2012

Hangout di Pantai Teluk Cempedak

Pergi McD. Fatin pulak belanja Sundae. Sundae Cup for girls & Sundae Cone for guys. Oh sungguh bertuah hari ni. Semua pakat belanja. Murah rezeki i hari ni. Murah rezeki u all & nanti boleh belanja lagi.

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Even perut kenyang lepas dinner dekat Ana Ikan Bakar Petai.


dessert after dinner

Jalan2 tengok barang dekat expo. Window shopping & cuci mata je i. Punyalah ronda satu expo tu tapi tak terembat satu barang pun.



Lepak tepi pantai duduk atas pasir buat bulatan ala2 camfire. Sesi luahan perasaan. Tak abis buat pun.


guna lampu handphone

Buat LG (light grafitti) pulak. Amature. Kehkehkeh. I bagitau apa yg I pernah belajar dulu tapi taklah detail/betul2 sangat. Dah lama tinggal & ingat2 lupa nak setting camera macam mana. Excited!


Joe's work :: lukis guna bulan

Dah ngantuk kitorang pun balik. Sampai ke our "home sweet home" dlm pukul 1 a.m. Biasalah orang bujang kan. Tak sah kalau tak balik lewat malam. Inipun mujur tak balik lusa.


jejaka litar cmsb


Thursday, April 26, 2012

Apa Dah Jadi

Apa dah jadi...
Apa dah jadi...
Apa ni?
Ohhh my blog?
Apa yg i dah buat ni?
My blog telah dinodai by ME?
Cissss!
Blank temasuk the owner!

Lastly...BLOG UNDER CONSTRUCTION!

Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Duduk layan lagu & layan mata yang ngantuk ni dalam kereta tiba2 dah sampai Tanjung Lumpur. Keluar dari kereta tengok kat depan ada pantai (Pantai Selera) then tengok belakang ada restoran dua tingkat kat seberang jalan.

Owhhh! Tak sabarnya nak cross jalan! Menahan perut lapar dari tadi lagi.


Ana Ikan Bakar Petai

Nama restoran adalah Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Erkkk! Adakah semua makan bakar-bakar dekat sini base on petai? Aaa...la...mak!



Tingkat atas

Restoran ni 2 tingkat. Tingkat bawah ada kerusi meja macam biasa. Tingkat atas meja rendah yang macam meja Jepun tu. Kena makan bersila. Tapi tingkat atas ni buka pada waktu malam je.

Dekat tingkat atas ada surau. Bila sampai waktu solat senanglah nak solat. Nak2 yang pergi time dinner. Dah nak dekat Maghrib baru sampai restoran. Tak payah nak cari2 tempat lain lagi. Lepas makan2 lepak2 then boleh terus solat. Tapi berwuduk kat tingkat bawah.

While guys pilih ikan & seangkatan dengannya utk bagi chef masak kitorang pergi ke surau dulu (tingkat atas).

Menu yang kitorang order:


Som Tam

Kailan Ikan Masin

Tom Yam

Ikan Bakar Petai
Rasa boleh tahan sedap! Takde rasa petai! :)

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Sotong Goreng Tepung

Boleh tahanlah rasa makanan dekat restoran ni.

Waiter & waitress of the day
alaaa..alaaa..lembut & lemah gemalainye our waiter & waitress

Time to pay. Keh3. Makan sedap bayar pun sedap! Guys volunteer to treat us. Ohho. Thanks u guys. Moga dimurahkan lagi rezeki u all. Dengan niat boleh belanja we all lagi. Kihkihkih.

Untuk menghabiskan masa (mcm byk masa sgt~padahal kerja melambak~kerja kerja enjoy enjoy~we must be balance right?) kitorang ke Pantai Teluk Cempedak pulak lepas tu. Saje lepak2 sampai lewat malam demi menghabiskan sisa2 masa bersama Ida (last day) yang akan meninggalkan kitorang.



Wednesday, April 25, 2012

Panching Waterfall aka Air Terjun Sungai Pandan, Pahang (Part 3)

Continued from previous entry. Entry banyak gambar. Jangan muntah sudah!


::indahnya ciptaan Allah::
Haippp! Ieyfa buat ape tu?

Air terjun yang sangat sejuk. Menggigil gitu nak2 bila angin tiup sepoi2 bahasa. Hikhikhik...


Time ni angin kuat. Gambar tak jelas coz lense kena air.
I&I = Ida & Iefa

Mula2 pergi macam tak ramai je. Semakin petang semakin ramai. Tapi tak seramai time weekend.

Habis je motret session, we all makan cocktail bagi perabih. Then kemas2 barang untuk bertolak ke next destination pulak.

Bergambar dulu dekat atas suspension bridge ni masa on the way turun ke bawah. Scary jugak.


::sapelah yg tertinggal kat blkg tu::takut nak cross lah tu::kehkehkeh::


::empat dara penyeri Pakej 3 Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2::
mandi pastu makan pastu mandi pastu makan
output = boolat + kembong

::dah berani sikit::dah boleh ke tengah pond::owhh! eksyen+bongkak!!::

::Fatin sampai tertidur layan angin & percikan air terjun::

::takmau beli! tak mau beli!
::mcm Bangla jual carpet tuuuu:::

::kami nak balik dah::boleh kita gather lagi macam ni tak next time?::

::bye bye Panching::


Lepas posing2 terus ke toilet yang bersebelahan dengan campsite untuk mandi, bilas badan & tukar baju baru.

Selamat tinggal Panching. Ok, next destination pulak. Dinner di Tanjung Lumpur. See u all di sana pulak. Daaa...



Tuesday, April 24, 2012

Panching Waterfall aka Air Terjun Sungai Pandan, Pahang (Part 2)



Kitorang pick up Fatin dulu dkt rumah dia. Yahooo! Tengok2 dia ada bawak bekal. Cocktail! Wah, boleh buat alas perut. Dahlah kitorang tak makan apa2 lagi sejak pagi. Kebulur tahap gaban.


Kitorang ikut jalan belakang, Cheneh. Stop dulu kat Shell. Isi2 minyak & beli2 junkfood. Lebih  kurang 1 jam kitorang sampai ke Panching.


Sampai entrance kena bayar ticket masuk. RM2 bagi dewasa. RM1 bagi kanak2.


I'm the 257065th & 2nd time visitor


Keluar je dari kereta kitorang mencicit ke booth2 yang jual makanan. Apa lagi belilah apa2 yang patut (nugget, sossej,keropok lekor, etc). Nak makan coz sgt lapar. Peduli ape dgn org sekeliling.


Sambil jalan ke tempat air terjun sambil makan. Sungguh tak sopan & beradab & tak senonoh! Tak pikir apa org nak cakap. Yang penting perut kitorang yg dari pagi tak diisi ni. Kahkahkah...


Tengok tuuu..seronok dpt makan sambil menunjuk2 dkt korang..


Kitorang kena cross jambatan kat belakang ni dulu untuk ke kawasan air terjun. Tak tinggi mana pun jambatan ni. Takdelah macam Tree Top Walk yg dekat Sedim tu. Tapi ada jugak yg gayat nak cross. Siapalah tu? Dari sini lagi dah dengar bunyi deruan air terjun. Wah sangat teruja.


Sampai je dekat tempat yang dituju. Teruja & layan sekejap dengan kecantikan air terjun tu. Sangat tinggi tapi takdelah tinggi gila macam air terjun yang dekat oversea tu.


Subhanallah...Sangat Cantik...

Aktiviti wajib adalah memotret kenangan dengan semua yang terlibat. Akan dipraktikkan bila ada buat aktiviti bersama after this.

::10 of us::first time bergambar cukup corum::


Oklah sampai di sini dulu. Next entry pulak boleh tengok model2 majalah MANGGA beraksi.


Tata.



Monday, April 23, 2012

Panching Waterfall aka Sungai Pandan Waterfall, Pahang (Part 1)


Teaser entry.....
Kedua kalinya ke Panching Waterfall. Plan sebenar nak ke Chemerong, since jauh & agak bahaya so terpaksalah melupakan hajat yang terpendam. Sebenarnya ramai je yang nak pergi. Tapi macam biasalah last minute ada2 je problem. At last 10 orang je yang pergi. Lima lelaki & lima perempuan. Mereka2 adalah:

  1. Abu Shafalizail Yusof
  2. Mohd Hafizul Abd Aziz
  3. Suhaimi Ngah
  4. Mohd Ariffin Zahari
  5. Mohamad Syafik Afifi Johari
  6. Wan Murshida Wan Mustaffa
  7. Nik Nurmaisara Nik Ahmad
  8. Nur Fatin Ahmad Riyano
  9. Nur Ifalyana Salim
  10. Afraliza Yusof
Plan kali ni taknak bawa makanan utk buat BBQ ke apa ke. Just bawa makanan sendiri2 & share2 aje. Kitorang malas nak prepare (mmg tak pernah prepare pun sebelum2 ni-dasar pemalas banyak pulak alasan). Mula2 ingat nak pergi pagi2 lagi. Since ramai yang bz prepare utk lawatan MOF ke site so terpaksalah postpone niat pergi lepas Zohor.

We all pergi lepas Zohor. Dua buah kereta jugak sama macam first time pergi. Tapi kali ni pergi dengan kereta Chah & Ida.

Wahhhh! Sangat nyaman...
::high falls (cantik)::laju::nikmat buat massage belakang badan::hihihi::

Kolam yang besar & luas & tak berapa dalam sesuai untuk family bermandi manda. Terasa macam nak menjerumuskan diri kat dalam air tu!


Di Saat Akhir



Tengah dok nak type entry ni nampak insect mcm lalat dok jln ketepi ke kiri ke kanan. Ke depan tak pun. It's funny.

Menjalani saat2 akhir terasa mcm tak best.
Rasa sayang.
Rasa sedih.
Rasa suka.

Selalu elak dari bermesra2 sgt dgn org sekeliling. Takmau bagi impak yg terkesan kat hati. Buat biasa2 je.

Hope my day will be better than before.


Saturday, April 21, 2012

Tempoh Edah Hampir Tamat!!!!!


Two days to go!
Bila terkenangkan kenangan2 hidup bersama terasa macam nak rujuk kembali! 

Gembira bersama...
Sedih bersama...
Lapar bersama...
Kenyang bersama...
Tidur bersama...
Makan bersama (breakfast, lunch, tea time, dinner)...
Mandi (di pantai) bersama...hehe...
Tak puas hati...
Kutuk mengutuk...
Sakat menyakat...
Ejek mengejek...
Smack down bersama...
Luahan perasaan bersama...
Motivasi bersama...

Semuanya akan menjadi kenangan yang terindah!

Yang sebenarnya (sambil nyanyi lagu YUNA)! I can stay any longer but I have to go demi masa depan my family & I. Kena dare to take risk. Biarlah apa org nak kata!


I have to start a new life with new family friends, new environment, new target...kuuikuikui...

I'll be missed u FAMILY FRIENDS!!!
Serious!!! Almost all the time we are together!!!
Berat hati nak tinggalkan sebenarnya because of ikatan yang terjalin. Walaupun baru nak masuk 11 bulan we are together.

Haha...Gila! (Happy + Sad)

Hope the relationship will be last longer! Keep in touch yeah my FAMILY FRIENDS!

Mode: Type entry sambil menangis tapi control2 taknak bagi Sara & Adam dengar...tapi ada bunyi soksek2 jugak...kahkahkah...


Tapi sekejap jelah..ego gila..

p/s: Eyppp! No more rujuk2 please! You must be strong! You must be Miss Strong too! Life must go on!


Monday, April 16, 2012

Universal Studios Singapore, USS

Ooopppsss!!!

I dah terpergi Universal Studios Singapore on 13/04/2012. Dalam dok bz2 update kerja untuk handover boleh menyempat lagi I meronggeng. Kehkehkeh.


Ni semua gara2 Ida lah yg dah plan lama. Sebenarnya nak pergi sana dlm next month. Tup tup Ida ajak pergi jgk on that day. So I on je as long as ada yang manage.


Daripada 8 jadi 6 then at last yg betul2 pergi just 4 orang.


::Qila::Ime::me::

Seriously sangat BEST! Tak sempat nak main semua. Tak sempat nak snap gambar byk2. Byk miss show diorang. Tak bawa baju spare/raincoat utk main air. Yang tak best tumit kaki sakit. Jalan byk sgt + berat dah bertambah. Cuaca sgt panas sampai meleleh2 peluh kat badan. FYI, I nak pergi lagi for the 2nd, 3rd, time.

Nanti I story ye. Skrg bz and tak sempat nak update any story. Phewww. Ok. Daaa...

p/s: Asz, jangan jealous...next time kita pergi dgn Zura sekali ye...maybe tempat lain ke?



Thursday, April 12, 2012

Craving for Dried Mangoes



Tetibe je...
Rasa teringin...
Nak makan DRIED MANGOES!
Sedapnyeee...

~Cebu's Dried Mangoes~Famous Philippines Dried Mangoes~

Ada sape2 nak bagi?
Ishhh...ape ni?
Lapar gile..tgk mkn je mulalah nak itu nak ini..


Wednesday, April 11, 2012

Elissa Tomyam Seafood, Kg. Besut, Kemaman



We all ke Elissa Tomyam Seafood after beli barang & selesai solat Maghrib. Tak puas lagi sebenarnya nak bergambar di Taman Bandar Chukai (Padang Astaka) coz pergi dah lewat sangat.


Sebelum tu call semua yang berkenaan ajak untuk join. Sampai2 je dekat sana Nordin dah tunggu siap tengah makan nasi goreng lagi tu. Almaklumlah tak sabar nak balik home sweet home.

Order minuman dulu. Then bila yang lain sampai baru we all order makan. Order sate ayam & sate daging. Sate dekat sini sedap. Tapi malam tu  kuah dia kureng sikit. Ada jual roti tempayan. Sedap. Dihidang dengan kuah kari ayam & kari kambing. Boleh pilih. Kari ayam RM4. Kari kambing RM5. Beli sate RM50. Then order nasi masing2.

::wan murshida::nor iefalyana::nur fatin::abu shafalizail::

::roti tempayan+kari kambing::


::satay keluarga::


::munawwar::wan murshida::
::farewell for both of them::

TQ munawwar belanja sate. TQ wan murshida belanja makan. Lepas makan balik "cabin sweet cabin". Time to rest & zzzzzzzzzzzzzzzz... Esok nak ke Panching pulak.

Wink2..

p/s: Elissa Tomyam Seafood ni bersebelah dengan Shell Kg. Besut, Kemaman.



Tuesday, April 10, 2012

Pulut Manis



Given by Rudi Ismadi Mohamed Kamal via Emi. First time makan. Yang I biasa makan sebelum2 ni pulut kuning aka nasi kunyit je.


Pulut yg dibungkus dgn daun pisang. Macam bungkusan nasi lemak. Wangi. Tak pernah jumpa lagi pulut manis ni jual dkt Melaka. Eh, ke I yang tak perasan @ bentuk/packaging dia yang lain?

You see... mcm nasi lemak kan?
Pulut inti kelapa
~sedap + manis~



Monday, April 9, 2012

Taman Bandar Chukai (Padang Astaka)

Petang Khamis lepas saja je I request kat diorang nak bergambar dekat Taman Bandar Chukai (Padang Astaka) coz ada sign baru huruf2 yang colourful tu. Memandangkan Ida dah nak pergi ke tempat baru. Memotret untuk buat2 kenangan di masa akan datang.


1 alphabet for 1 person


Sampai je kat sana rupa2nya ramai je orang beriadah dekat sana. Yang best tengok diorang satu famili. Dari baby sampailah ke nenek berjogging dekat sini. Semua ada. Bagusnye. Amalkan cara hidup sihat.

Selalu je ada aktiviti keramaian dibuat kat sini. Bazaar Ramadhan pun ada buat kat sini gak time bulan puasa. Pasar malam pulak buka tetiap hari Khamis.

Last 2 months we all pergi tengok concert dekat Taman Bandar Chukai ni jugak. Artis yang perform time tu Hattan & Wali Band.

Abu Shafalizail, Nur Fatin, Wan Murshida, Nor Ifaliyana, Nik Nurmaisara

Clock Tower (menara jam) behind of us!

Nur Fatin, Nor Ifalyana, Wan Murshida, Nik Nurmaisara
~ will be missed u all ~

Lepas puas posing we all ke bandar beli barang. Then ke Elissa Tomyam Seafood. Time to eat satay. Yeay!

Method Statement for Protective Coating

Work Methodology References Project Quality Plan (PQP) Project Executive Plan (PEP) Integrated Management System Manual (IMS) Env...