Thursday, April 26, 2012

Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Duduk layan lagu & layan mata yang ngantuk ni dalam kereta tiba2 dah sampai Tanjung Lumpur. Keluar dari kereta tengok kat depan ada pantai (Pantai Selera) then tengok belakang ada restoran dua tingkat kat seberang jalan.

Owhhh! Tak sabarnya nak cross jalan! Menahan perut lapar dari tadi lagi.


Ana Ikan Bakar Petai

Nama restoran adalah Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Erkkk! Adakah semua makan bakar-bakar dekat sini base on petai? Aaa...la...mak!



Tingkat atas

Restoran ni 2 tingkat. Tingkat bawah ada kerusi meja macam biasa. Tingkat atas meja rendah yang macam meja Jepun tu. Kena makan bersila. Tapi tingkat atas ni buka pada waktu malam je.

Dekat tingkat atas ada surau. Bila sampai waktu solat senanglah nak solat. Nak2 yang pergi time dinner. Dah nak dekat Maghrib baru sampai restoran. Tak payah nak cari2 tempat lain lagi. Lepas makan2 lepak2 then boleh terus solat. Tapi berwuduk kat tingkat bawah.

While guys pilih ikan & seangkatan dengannya utk bagi chef masak kitorang pergi ke surau dulu (tingkat atas).

Menu yang kitorang order:


Som Tam

Kailan Ikan Masin

Tom Yam

Ikan Bakar Petai
Rasa boleh tahan sedap! Takde rasa petai! :)

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Sotong Goreng Tepung

Boleh tahanlah rasa makanan dekat restoran ni.

Waiter & waitress of the day
alaaa..alaaa..lembut & lemah gemalainye our waiter & waitress

Time to pay. Keh3. Makan sedap bayar pun sedap! Guys volunteer to treat us. Ohho. Thanks u guys. Moga dimurahkan lagi rezeki u all. Dengan niat boleh belanja we all lagi. Kihkihkih.

Untuk menghabiskan masa (mcm byk masa sgt~padahal kerja melambak~kerja kerja enjoy enjoy~we must be balance right?) kitorang ke Pantai Teluk Cempedak pulak lepas tu. Saje lepak2 sampai lewat malam demi menghabiskan sisa2 masa bersama Ida (last day) yang akan meninggalkan kitorang.



4 comments:

yna Park said...

sbnrnye, ada lagi yg sedap compare to ana ikan bakar petai tue
tp xigt nama kedai dia
lagi umph dia punye taste :)

EeYda Sue said...

kat bangi pun ade..i pnh mkn kt bangi tu..sotong goreng tepung die sedapp!!

Afraliza Yusof said...

yna: kat mn tu? btau lah//boleh p sna plak!

Afraliza Yusof said...

ida: ooo dah ade cawangan! femes gak ye.

Method Statement for Protective Coating

Work Methodology References Project Quality Plan (PQP) Project Executive Plan (PEP) Integrated Management System Manual (IMS) Env...