Saturday, April 28, 2012

Bukit Mak Dayang, Chukai, Kemaman

Lepas Subuh Sara & Ieyfa dok lepak2 dlm selimut lagi! Kan I dah ckp smlm yg kita akan ke Bukit Mak Dayang. Grrrr! Wake up! Wake up! Owhhh! u org ingat I cakap kosong je ke?

Dari office dah nak pukul 8. Sampai sana dlm 8.20 am gitulah. Nampak basket ball court kat bawah bukit tu. Ramai jugak yg main. Mainly Malay pagi tu. Lepas turun dari Bukit Mak Dayang tu tengok yang main mainly Chinese pulak.


Tangga ke atas bukit. Ada peta. Ada about 450 anak tangga.
baca & hafal map dulu, plan nak pergi mana


TEMPAT-TEMPAT YANG PATUT WE ALL PERGI TAPI TAK SAMPAI PUN!!!
  1. Matahari Terbit - pergi awal pagi
  2. Matahari Terbenam - pergi time petang
  3. Air Terjun Mini
  4. Tembok Mini
  5. Telaga Tahun Ratusan
  6. Mak Dayang
  7. Rumah D'Kramat


Dengan pakai selipar jepunnye kitorang pun naiklah tangga tu. Haha. Semput gak. Lama tak exercise. Sepanjang dalam track tu ada signboard tunjukkan arah & jarak ke tempat menarik yang ditunjuk dalam map kat bawah tadi. Senang bagi hiker/jogger baru ke destinasi yang nak dituju. Takde lah sesat barat nanti.

view from the last point yang bertangga::lepas ni hanya ada track je sampai ke atas


Dengan selipar jepunnya kitorang pun merangkak2 naik. Haha. Tak berani nak extreme2 sangat dengan berbekalkan selipar jepun & tak bawa air langsung.


Memandangkan ini adalah first time kitorang pergi. So kitorang aim nak ke Mak Dayang sahaja coz nama bukit ni pun Bukit Mak Dayang. Kalau sehala je boleh ke semua tempat. Takut jugak la takleh keluar dok round2 dalam bukit ni. Tapi tak sampai jugak ke Mak Dayang. Kahkahkah. Kalau ikutkan hati mmg i nak teruskan. Tapi semua nak balik. Nak masuk office ada kerja nak buat. Yeke?


Ada kawasan yang kena turun & naik guna tali coz kawasan tu agak curam, licin & sempit. Rasa macam artis pulak masa hiking tu coz byk peminat. Nyamuk! Cisss buat I jd tension!


Ieyfa & Sara & daun besar & lebar

Sampai bawah dalam pukul 9 lebih gitu. Rilex2 skejap nak betulkan kaki yg gigil mcm parkinson then terus ke gerai nasi kerabu. Breakfast time & terus balik & mandi2 bersiap ke Mesramall Kerteh pulak.


p/s:
  1. Menghabiskan masa terluang sehari sebelum I balik Melaka.
  2. Rasa segar after hiking.
  3. Cisss! kerana kamulah Bukit Mak Dayang betis I kejang sampai 4-5 hari.



2 comments:

redlomo said...

jauhnyer berjalan...luas pandangan ne....

Afraliza Yusof said...

redlomo: wink2..sambil2 melihat keindahan ciptaanNYA..

Kuala Gandah