Tuesday, November 23, 2010

Pelajar Meninggal Dunia Sebelum SPM Bermula


KULAIJAYA: Seorang calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia selepas mengadu sesak nafas ketika sesi taklimat sejurus sebelum mula menduduki peperiksaan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang, dekat Ledang di Muar, pada Selasa.
Seorang lagi calon SPM di Kluang meninggal dunia semalam akibat penyakit buah pinggang.
Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran berkata pelajar SMK Ledang, Hazizul Hasah, 17, telah mengadu sukar bernafas kepada pengawas peperiksaan sebelum dibawa keluar dari dewan peperiksaan dan ditempatkan di bilik rehat.
"Pihak pentadbiran sekolah menghubungi ambulans, bagaimanapun, pelajar lelaki itu disahkan sudah meninggal dunia selepas 10 minit pegawai perubatan tiba di sekolah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat calon SPM Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura di sini pada Selasa.
Peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia bermula Selasa.
Markom berkata Hazizul dipercayai menghidap penyakit jantung.
Sambil melahirkan rasa sedih dengan kejadian itu, beliau mengucapkan takziah kepada keluarga Hazizul.
Di Kluang, seorang lagi calon SPM meninggal dunia pada 4 petang semalam akibat penyakit buah pinggang.
Mohd Fazli Yusop, 17, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belitong, dekat Kluang, meninggal dunia selepas mendapat rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah di Johor Baharu.
Markom berkata seramai 56,203 calon SPM dari 243 sekolah di Johor menduduki SPM kali ini. - BERNAMA

Sumber: mStar...



p/s:   Innalillah..takziah utk famille arwah..

4 comments:

alina neko said...

innalillah~

s1t1 2uL41k4 said...

sedih la baca.. masa PMR dulu, ada yang meninggal kerana kemalangan semasa dalam perjalanan ke sekolah..innalillah..

afraliza said...

innalillah..moga arwah ditempatkan bersama org yg beriman..tak tau bile masa kte akan dipanggil pulak..

afraliza said...

skjp lagi? hari ni? esok? lusa? wallahualam...

Method Statement for Protective Coating

Work Methodology References Project Quality Plan (PQP) Project Executive Plan (PEP) Integrated Management System Manual (IMS) Env...