Followers

Thursday, May 3, 2012

Lewat ke Ujian MEDSI


Hahaha...
Last Saturday punya cerita. Nak dijadikan cerita I volunteer nak send my sis pergi ambil ujian MEDSI. Ujian MEDSI tu dekat Sekolah Menengah Seri Mahkota. Dulu I selalu tengok sekolah tu on the way pergi & balik dari kampung. uh Tapi since dah ada lebuh AMJ ni I dah tak guna jalan lama dah. So macam ingat tak ingat je lah sekolah tu dekat area mana.

About 1 jam lah kalau nak pergi dari rumah I ke sana. That night mak cakap Eisyah nak balik esok pagi. Eisyah dah pernah pergi & dia tau kat mana. Owwwh! I pun apa lagi rasa ok lah dah ada co-pilot. Tunggu je dia balik pagi2 then terus ke sekolah tu.

Keesokan pagi Eisyah sampai rumah. Dia cakap dia TAK TAU!!! Yang dia tau dia pernah pergi sekolah tu je. Ishhh lebih baik takyah tunggu. Cakap nak GEMPAK je.

Minyak kereta tinggal sikit so kena isi dulu nanti tak sempat sampai. Dekat petrol station pulak ada je hal. Dahlah we all tunggu orang depan lama2 kat pump. Dia pergi bayar duit nak isi minyak. Then datang balik kat motor terus pergi ke pump lain. Laaa rupanya pump tu habis RON 95. BENGANG. Next time tulislah out of RON 95. Orang taulah nanti. Takdalah nak pergi kat pump tu rela hati beratur punya panjang then last2 ke pump lain.

Sampai sekolah lewat 15 minit!!! Tu lah lambat2 lagi bersiap. Mujur Ekin sempat buat. Siap awal lagi daripada diorang yang datang awal.

Good Luck my SIS!!!

Lepas ujian kitorang bercadang nak balik kampung tengok nenek. Hajat kedua nak pau our KAZEN yang ada voucer buku RM50 & dia dah tak tau nak beli apa. So dia nak bagi Ekin. Kitorang rembat ajelah  coz  kitorang mengamalkan pepatah "REZEKI JANGAN DITOLAK MUSUH JANGAN DICARI".

No comments: