Lokasi: Pantai Klebang Melaka
Bayaran: RM1.00 (dewasa), RM0.50 (kanak-kanak)
Waktu Operasi: 9.00 am - 6.00 pm
Waktu Operasi: 9.00 am - 6.00 pm
Selepas balik dari JUSCO Melaka we all singgah ke KLEBANG COCONUT SHAKE. Coconut Shake Klebang ni dah improve rupanya. Dah lama tak lalu area Klebang ni coz dah ada Lebuh AMJ. We all lebih senang ikut Lebuh AMJ. Alang-alang dah dekat so we all ke MUZIUM KAPAL SELAM.
Kapal Selam SMD OUESSANT AGOSTA 70 (buatan Perancis)
Dekat bahagian luar kapal ni ada info pasal Agosta 70 ni. Sejarah kapal, cara-cara macam mana to locate kapal ni dan banyak lagi. Baca jelah dekat board bawah Agosta 70 ni.
We all masuk ke Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang. Dekat luar (tepi jalan) ada signboard Muzium Kapal Selam tu. Ronda-ronda kat Dataran 1Malaysia tu konon-konon nak cari lokasi Muzium Kapal Selam tu tapi tak jumpa. Then tanya uncle yang jual layang-layang dekat situ dia bagitau kat mana muzium tu. Muzium tu tak nampak dari Dataran 1Malaysia rupa-rupanya.
Ekin with Agosta 70
Masuk je ke Dataran 1Malaysia tu u all kena jalan straight sampai ke hujung then belok ke kiri. Jalan sikit then u all boleh nampak dah Muzium Kapal Selam tu. Tapi u all akan rasa lebih seronok dan terpanggil untuk belok ke kanan. Coz kat belah kanan lebih menarik, pantai yang cantik, ada tempat lepak2, ada booth2 jualan, horse ride, etc...
Setakat ni Kapal Selam dibuka untuk tontonan umum hanya di bahagian luar sahaja. Bahagian dalam maybe akan dibuka pada tahun 2013. Harga ticket akan naik ke RM5 atau lebih.