Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Expedisi Gunung Bunga Buah Part 1

Adeh! Adeh! Adeh!
Jalan mcm robot...
Sakit betis, sakit paha, sakit lengan....
Penangan Gunung Bunga Buah...

02/02/2013
Seperti yang diplan & as training for Mount Kinabalu...
Kehadiran adalah wajib bagi peserta (paksa rela)...
So nak tak nak kena pergi gak...
Gagahkan diri bangun awal on Saturday...

Pagi2 tu gerak ke McD Taman Melati dgn Intan...
Tunggu Sis Anida & Ori...
Car pool di sana (I'm the driver)...

Dekat pukul 7.00am we all gerak ke Genting...
Sampai dekat Hotel Seri Malaysia Genting Highland...
Turun kereta pakai anti mosquitoes dkt kaki & tangan...
*sebenarnya saya takut pacat je*

Ada yg dah sampai & ada yg x smpai lagi...
So...kenalah berkumpul dkt kedai mamak sebelah hotel tu sambil breakfast sambil tunggu yg lain sampai...

Starting...berjalan sampai sini pun dah mengah

Rock Garden

Dekat Rock Garden nilah boleh nampak Genting Highlands dgn jelas...

Psst: Rindunya nak pergi hiking...

Monday, May 20, 2013

Barbeque d'Riverside Janda Baik

Pergi kerana PAKSA RELA...

Barbeque SANGAT..
Takde org prepare ayam pun..
Just beli nasi lemak..
Suraya goreng nugget and sossej..

Pergi dgn 4 buah kereta..
Suraya, Ain, Intan, Azren, Ana, Khaty, Fadzil, Miru, Fazrol, Sani, Mustakim, Taufiq, Zul & 2 org ank buah Khaty..
Janji pukul 8.00 am gerak dari opis..
Konon2 pagi2 lagi nak gerak..
Tunggu sorang ke sorang nak sampai at last pukul 9 lebih baru lah gerak..
Begitulah gamaknya..

Sampai Riverside dah nak dekat pukul 11..
Punyalah banyak kereta park along riverside tu..
Then we all try naik atas lagi..ramai jugak..
Naik atas lagi..ramai jugak..
Sampai ke atas lagi...ramai jugak..
Rupa2nya ada event for cycling..

At last turun balik ke Riverside..
Tanya owner nak sewa hut..
Semua fully booked by cyclist..
Hurmmm..

Discuss2 nak ke Chamang  pulak..
Macam jauh je & dah pukul 11 lebih..
Nak tak nak kena picnic kat situ jugak demi utk takmau membuang masa lagi..

Ambik port dkt hut yg kosong...
Bentang tikar & makan...
Semua dah kelaparan...



Sambil makan sambil tengok air sungai..
Air deras tapi CETEK...
Air agak keruh coz cyclist mandi bwk sekali basikal depa masuk sungai..

Ramai yg dah bersungut..
Tak bestlah..
Dah sampai pun..
Hadap aje laaa..
Nak ke tempat lain kita dah kesuntukan masa..


Air yg cetek

Memang pun..
Air stakat buku lali tengok pun tak lalu nak mandi..hehe..
Nak berenang pun tak boleh..hehe..
Sesuai la untuk family yang ada anak2 kecil..

Nak tak nak terpaksa terjun jugak..
Duduk dlm air..haha..
Mandi haha..
Dah macam budak2 3 -4 tahun mandi..

Sesudah mandi naik atas & pergi bilas badan & tukar baju..
Solat beli burger, jagung rebus coz dah kebulur berendam dlm air tadi..

Changing time

Then bertolak balik...
Sedar2 je dah sampai Nasi Ayam DARA dkt Tmn Melati..
Mkn2 then terus balik..

Sunday, October 7, 2012

Bukit Gambang Water Park

Last September kitorang ke Bukit Gambang Water Park...
Teringin sangat nak ke sana since stay dekat Kemaman lagi...
Harapkan plan beria dengan colleague tapi tak pergi jugak...
At last dpt jugak pergi even tak dirancang with my family...
Itupun selepas hantar my sis ke UMP...

Enjoy the photos...

pose dulu before beli ticket and masuk ke dalam

map di entrance

wave pool & lagoon di Cocoa Beach

 kids slide

aquaplay

Game paling BEST adalah TREE TOP HILL SLIDES...
Pictures with my sis lah pulak...
Ada Gacier River/Journey of Ice...Tak sempat main...

P/s: Main tak ingat dunia...then balik rumah sengal2 badan...
Ooopppsss! Next month pun ada Family Day + Annual Dinner @ BGRC jugak...

Sunday, April 29, 2012

Terminal Sate Zul, Kuantan, Pahang

Cerita lama yang dah basi. Baru nak update. Makanan tak basi coz dah jadi bentuk lain & dah disend ke IWK.

Ikut budak2 office pergi Kuantan Parade. One of our member yang nak beli Samsung Galaxy W. Fuhhh!!! I bile lagi nak tukar phone ni? Still stay dengan yang lama. Orang lain dah tukar banyak kali dah.

Dah dapat phone baru then depa pergi main kat archade tingkat atas. Main pool & ada yang pergi karox. Cissss! I malas nak join then just window shopping & makan2.

Dalam pukul 6.30 pm kitorang bertolak ke Sate Zul. Diorang kata sate situ sedap. So I pun ok je lah as long as recoomendation tu tak mengecewakan.

nasi impit + timun + bawang + kuah kacang

Restoran ni located on the main road from Kuantan to Teluk Cempedak, just before Kubang Buaya traffic lights. Restoran ni berada betul2 dekat tepi jalan sebelah kiri. Open at 6.00 pm onwards.

sate ayam + sate lembu
tinggal sate ayam & lembu je :: yang lain habis licin

Sate KAMBING, ARNAB & RUSA habis. Baru je berangan nak makan sate ARNAB & KAMBING. KECEWA!!!

nasi lemak :: nampak macam kurang something :: rupa2nya sambal takde :: sambal dia letak asing guna mangkuk lain

p/s:
  1. Photos taken by using Samsung Galaxy W. OK2 je.
  2. Kuah kacang tak berapa UMMMPH la that day.

Friday, April 27, 2012

Hangout di Pantai Teluk Cempedak

Pergi McD. Fatin pulak belanja Sundae. Sundae Cup for girls & Sundae Cone for guys. Oh sungguh bertuah hari ni. Semua pakat belanja. Murah rezeki i hari ni. Murah rezeki u all & nanti boleh belanja lagi.

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Even perut kenyang lepas dinner dekat Ana Ikan Bakar Petai.


dessert after dinner

Jalan2 tengok barang dekat expo. Window shopping & cuci mata je i. Punyalah ronda satu expo tu tapi tak terembat satu barang pun.



Lepak tepi pantai duduk atas pasir buat bulatan ala2 camfire. Sesi luahan perasaan. Tak abis buat pun.


guna lampu handphone

Buat LG (light grafitti) pulak. Amature. Kehkehkeh. I bagitau apa yg I pernah belajar dulu tapi taklah detail/betul2 sangat. Dah lama tinggal & ingat2 lupa nak setting camera macam mana. Excited!


Joe's work :: lukis guna bulan

Dah ngantuk kitorang pun balik. Sampai ke our "home sweet home" dlm pukul 1 a.m. Biasalah orang bujang kan. Tak sah kalau tak balik lewat malam. Inipun mujur tak balik lusa.


jejaka litar cmsb


Thursday, April 26, 2012

Ana Ikan Bakar Petai, Tanjung Lumpur, Kuantan

Duduk layan lagu & layan mata yang ngantuk ni dalam kereta tiba2 dah sampai Tanjung Lumpur. Keluar dari kereta tengok kat depan ada pantai (Pantai Selera) then tengok belakang ada restoran dua tingkat kat seberang jalan.

Owhhh! Tak sabarnya nak cross jalan! Menahan perut lapar dari tadi lagi.


Ana Ikan Bakar Petai

Nama restoran adalah Restoran Ana Ikan Bakar Petai. Erkkk! Adakah semua makan bakar-bakar dekat sini base on petai? Aaa...la...mak!



Tingkat atas

Restoran ni 2 tingkat. Tingkat bawah ada kerusi meja macam biasa. Tingkat atas meja rendah yang macam meja Jepun tu. Kena makan bersila. Tapi tingkat atas ni buka pada waktu malam je.

Dekat tingkat atas ada surau. Bila sampai waktu solat senanglah nak solat. Nak2 yang pergi time dinner. Dah nak dekat Maghrib baru sampai restoran. Tak payah nak cari2 tempat lain lagi. Lepas makan2 lepak2 then boleh terus solat. Tapi berwuduk kat tingkat bawah.

While guys pilih ikan & seangkatan dengannya utk bagi chef masak kitorang pergi ke surau dulu (tingkat atas).

Menu yang kitorang order:


Som Tam

Kailan Ikan Masin

Tom Yam

Ikan Bakar Petai
Rasa boleh tahan sedap! Takde rasa petai! :)

Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Sotong Goreng Tepung

Boleh tahanlah rasa makanan dekat restoran ni.

Waiter & waitress of the day
alaaa..alaaa..lembut & lemah gemalainye our waiter & waitress

Time to pay. Keh3. Makan sedap bayar pun sedap! Guys volunteer to treat us. Ohho. Thanks u guys. Moga dimurahkan lagi rezeki u all. Dengan niat boleh belanja we all lagi. Kihkihkih.

Untuk menghabiskan masa (mcm byk masa sgt~padahal kerja melambak~kerja kerja enjoy enjoy~we must be balance right?) kitorang ke Pantai Teluk Cempedak pulak lepas tu. Saje lepak2 sampai lewat malam demi menghabiskan sisa2 masa bersama Ida (last day) yang akan meninggalkan kitorang.



Wednesday, April 25, 2012

Panching Waterfall aka Air Terjun Sungai Pandan, Pahang (Part 3)

Continued from previous entry. Entry banyak gambar. Jangan muntah sudah!


::indahnya ciptaan Allah::
Haippp! Ieyfa buat ape tu?

Air terjun yang sangat sejuk. Menggigil gitu nak2 bila angin tiup sepoi2 bahasa. Hikhikhik...


Time ni angin kuat. Gambar tak jelas coz lense kena air.
I&I = Ida & Iefa

Mula2 pergi macam tak ramai je. Semakin petang semakin ramai. Tapi tak seramai time weekend.

Habis je motret session, we all makan cocktail bagi perabih. Then kemas2 barang untuk bertolak ke next destination pulak.

Bergambar dulu dekat atas suspension bridge ni masa on the way turun ke bawah. Scary jugak.


::sapelah yg tertinggal kat blkg tu::takut nak cross lah tu::kehkehkeh::


::empat dara penyeri Pakej 3 Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2::
mandi pastu makan pastu mandi pastu makan
output = boolat + kembong

::dah berani sikit::dah boleh ke tengah pond::owhh! eksyen+bongkak!!::

::Fatin sampai tertidur layan angin & percikan air terjun::

::takmau beli! tak mau beli!
::mcm Bangla jual carpet tuuuu:::

::kami nak balik dah::boleh kita gather lagi macam ni tak next time?::

::bye bye Panching::


Lepas posing2 terus ke toilet yang bersebelahan dengan campsite untuk mandi, bilas badan & tukar baju baru.

Selamat tinggal Panching. Ok, next destination pulak. Dinner di Tanjung Lumpur. See u all di sana pulak. Daaa...



Tuesday, April 24, 2012

Panching Waterfall aka Air Terjun Sungai Pandan, Pahang (Part 2)



Kitorang pick up Fatin dulu dkt rumah dia. Yahooo! Tengok2 dia ada bawak bekal. Cocktail! Wah, boleh buat alas perut. Dahlah kitorang tak makan apa2 lagi sejak pagi. Kebulur tahap gaban.


Kitorang ikut jalan belakang, Cheneh. Stop dulu kat Shell. Isi2 minyak & beli2 junkfood. Lebih  kurang 1 jam kitorang sampai ke Panching.


Sampai entrance kena bayar ticket masuk. RM2 bagi dewasa. RM1 bagi kanak2.


I'm the 257065th & 2nd time visitor


Keluar je dari kereta kitorang mencicit ke booth2 yang jual makanan. Apa lagi belilah apa2 yang patut (nugget, sossej,keropok lekor, etc). Nak makan coz sgt lapar. Peduli ape dgn org sekeliling.


Sambil jalan ke tempat air terjun sambil makan. Sungguh tak sopan & beradab & tak senonoh! Tak pikir apa org nak cakap. Yang penting perut kitorang yg dari pagi tak diisi ni. Kahkahkah...


Tengok tuuu..seronok dpt makan sambil menunjuk2 dkt korang..


Kitorang kena cross jambatan kat belakang ni dulu untuk ke kawasan air terjun. Tak tinggi mana pun jambatan ni. Takdelah macam Tree Top Walk yg dekat Sedim tu. Tapi ada jugak yg gayat nak cross. Siapalah tu? Dari sini lagi dah dengar bunyi deruan air terjun. Wah sangat teruja.


Sampai je dekat tempat yang dituju. Teruja & layan sekejap dengan kecantikan air terjun tu. Sangat tinggi tapi takdelah tinggi gila macam air terjun yang dekat oversea tu.


Subhanallah...Sangat Cantik...

Aktiviti wajib adalah memotret kenangan dengan semua yang terlibat. Akan dipraktikkan bila ada buat aktiviti bersama after this.

::10 of us::first time bergambar cukup corum::


Oklah sampai di sini dulu. Next entry pulak boleh tengok model2 majalah MANGGA beraksi.


Tata.



Monday, April 23, 2012

Panching Waterfall aka Sungai Pandan Waterfall, Pahang (Part 1)


Teaser entry.....
Kedua kalinya ke Panching Waterfall. Plan sebenar nak ke Chemerong, since jauh & agak bahaya so terpaksalah melupakan hajat yang terpendam. Sebenarnya ramai je yang nak pergi. Tapi macam biasalah last minute ada2 je problem. At last 10 orang je yang pergi. Lima lelaki & lima perempuan. Mereka2 adalah:

  1. Abu Shafalizail Yusof
  2. Mohd Hafizul Abd Aziz
  3. Suhaimi Ngah
  4. Mohd Ariffin Zahari
  5. Mohamad Syafik Afifi Johari
  6. Wan Murshida Wan Mustaffa
  7. Nik Nurmaisara Nik Ahmad
  8. Nur Fatin Ahmad Riyano
  9. Nur Ifalyana Salim
  10. Afraliza Yusof
Plan kali ni taknak bawa makanan utk buat BBQ ke apa ke. Just bawa makanan sendiri2 & share2 aje. Kitorang malas nak prepare (mmg tak pernah prepare pun sebelum2 ni-dasar pemalas banyak pulak alasan). Mula2 ingat nak pergi pagi2 lagi. Since ramai yang bz prepare utk lawatan MOF ke site so terpaksalah postpone niat pergi lepas Zohor.

We all pergi lepas Zohor. Dua buah kereta jugak sama macam first time pergi. Tapi kali ni pergi dengan kereta Chah & Ida.

Wahhhh! Sangat nyaman...
::high falls (cantik)::laju::nikmat buat massage belakang badan::hihihi::

Kolam yang besar & luas & tak berapa dalam sesuai untuk family bermandi manda. Terasa macam nak menjerumuskan diri kat dalam air tu!


Tuesday, January 31, 2012

Teluk Cempedak aka TC



After lepak2 di Kuantan Parade we all terus ke Teluk Cempedak. Dinner time! Yeah!


Sangat ramai orang. Makin malam makin ramai. Fuhh. Jakun sgtlah. Macam tak pernah tgk org ramai.


Terus ke Restoran Selera Warisan Tomyam Seafood. Agak kecewa bila tengok kuantiti hidangan sangat sedikit elok2 untuk my stomach je. Ok I loike cause nanti I boleh makan habis. Tapi kesian dekat depa la. Kena order nasi tambah lagi.


Restoran Selera Warisan Tomyam Seafood

Nasi goreng cendawan

Tomyam campur

Order sotong goreng tepung yang large. Kecewa cause sangat sedikit & tak sedap. Tak terfikir pulak nak snap satu. I ingatkan sesedap macam dekat Umbai. Cisss. Kecewa lagi. Terbantut selera I yg membuak2 tadi.


Then ke tepi pantai. Lepak2 di sana. Beli belon and main tiup2 belon. At first diorang ejek2 coz we all beli belon. At last depa yang lebih. Aiyooo. Sengal semuanya.


u see what i said?


Pic from Fatin's camera.

Monday, January 30, 2012

Sungai Pandan Waterfall



Date: 27 January 2012
Venue: Sungai Pandan Waterfall, Kuantan, Pahang
Time: 3.30 pm – 6.30 pm
Ticket: RM2 (adult); RM1 (children)


Participant:
  1. Nik Nordin
  2. Abu Shafalizail
  3. Muhammad Hafizul
  4. Amy
  5. Fauzi
  6. Nik Nurmaisara
  7. Nur Fatin
  8. Me
Unplanned activity. After kebosanan duduk di office & hujan yang selalu mengacah2. At last we all decided to go to Chemerong Waterfall. I yang mengutarakan proposal. Hehe. Then they all setuju. Pergi dengan dua buah kereta (ferrari & honda). Masuk je kereta they all kata tukar plan. Tak jadi ke Chemerong coz dekat sana air deras + hujan.


So we all pergi ke Panching Waterfall. Dekat aje dalam satu jam compare pergi ke Chemerong Waterfall dalam dua jam setengah.


On the way to hujan la pulak. Lebat! Yang tak tahannya kereta ferrari bocor. Kahkahkah. Depan & belakang. So kenalah tadah dengan botol bagai & seangkatan dengannya. Luculah. Mujur tak banjir dalam kereta.


Sampai dekat sana dalam pukul 3.30 pm. Macam takda orang je dalam perjalanan masuk ke air terjun tu. Bila dah separuh jalan baru nampak banyak kereta keluar. Orang lain semua dah nak balik but we all baru terkedek2 pergi ke sana. Orang lain semua dah puas mandi.


Welcome to Sungai Pandan Waterfall aka Panching Waterfall


Menyeberangi sungai. Tinggi macam Tree Top Walk. Kehkehkeh...


Sambil2 jalan snap gambar

Nampak je tempat cantik terus pose & ambil2 gambar. Ingatkan sign tu ada tulis Panching Waterfall ke Pandan Falls ke rupa2nya kolam dewasa & bla bla bla. Sangat malas membaca. View dekat camera barulah perasan.

Part bawah sekali ada kolam kanak2. Siap ada slide lagi tu. We all terus naik ke atas.

Subhanallah...Cantik!


Sangat cantik. Nyaman.


Dalam syok2 depa mandi hujan lebat pulak. Jeleslah tu. Tunggu punya tunggu hujan tak berhenti2. So terpaksa & memaksa diri pergi salin baju.


Then terus ke Kuantan Parade. Shopping2 time. Wink2.


p/s: Mahu pergi lagi. Nak mandi pulak. Nak bawak camera sendiri.

Kuala Gandah