JAKARTA: Seorang pelajar perubatan dari Malaysia ditemui meninggal dunia di rumahnya di Bandung pagi tadi.
Inani Zalikha Zainal Abidin, 23, ditemui di atas lantai dalam keadaan tidak bernyawa oleh rakan serumahnya kira-kira 5 pagi.
Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Datuk Dr Junaidy Abu Bakar, berkata Inani adalah pelajar tahun empat Universiti Padjadjaran (Unpad) Bandung atas tajaan Mara dan sedang menjalani latihan amali di sebuah hospital di Bandung.
Sehingga kini, belum dapat ditentukan sebab-sebab kematiannya. Keluarga beliau yang tinggal di Bukit Antarabangsa, Ulu Klang, Selangor telah dimaklumkan mengenai kejadian mengejut itu dan mereka dijangka tiba di Bandung petang ini untuk membawa pulang jenazahnya ke Malaysia untuk dikebumikan.
Dr Junaidy, para pegawai MSD Indonesia dan Mara di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah pergi ke Bandung bagi menguruskan penghantaran pulang jenazah Inani. - BERNAMA

Innalillah . . . semoga roh arwah dicucuri rahmat . . . amin . . .
Hilang seorang lagi permata negara yang akan berjasa kepada rakyat Malaysia pada masa akan datang . . .
No comments:
Post a Comment