Tuesday, January 31, 2012

Teluk Cempedak aka TC



After lepak2 di Kuantan Parade we all terus ke Teluk Cempedak. Dinner time! Yeah!


Sangat ramai orang. Makin malam makin ramai. Fuhh. Jakun sgtlah. Macam tak pernah tgk org ramai.


Terus ke Restoran Selera Warisan Tomyam Seafood. Agak kecewa bila tengok kuantiti hidangan sangat sedikit elok2 untuk my stomach je. Ok I loike cause nanti I boleh makan habis. Tapi kesian dekat depa la. Kena order nasi tambah lagi.


Restoran Selera Warisan Tomyam Seafood

Nasi goreng cendawan

Tomyam campur

Order sotong goreng tepung yang large. Kecewa cause sangat sedikit & tak sedap. Tak terfikir pulak nak snap satu. I ingatkan sesedap macam dekat Umbai. Cisss. Kecewa lagi. Terbantut selera I yg membuak2 tadi.


Then ke tepi pantai. Lepak2 di sana. Beli belon and main tiup2 belon. At first diorang ejek2 coz we all beli belon. At last depa yang lebih. Aiyooo. Sengal semuanya.


u see what i said?


Pic from Fatin's camera.

Monday, January 30, 2012

Uncertain Emotion



I notice that she...
Always wanna cry...
Nampak dari riak muka dia...
Tapi dia pandai control...
Sikit2 nangis...
Salah sikit nangis...
Orang tegur nangis...
Tinggi suara nangis...
Tengok cerita sedih nangis...
Dah macam budak kecik...
Sesungguhnya I tak paham...
Apa kenalah si dia ni...
Buat orang lain tak keruan...
Emo je dia this week...
PMS kah?
Intai2 dari jauh...
Nak tegur tak reti...
Takut tersalah intonation...
Takut dia berasa hati pulak...
Biar dia cool dulu...
Ya Allah tolonglah hambaMu itu...
Kasihanilah dia...


Mode: Serba salah weh, macam I pulak yang bersalah...

Sungai Pandan Waterfall



Date: 27 January 2012
Venue: Sungai Pandan Waterfall, Kuantan, Pahang
Time: 3.30 pm – 6.30 pm
Ticket: RM2 (adult); RM1 (children)


Participant:
  1. Nik Nordin
  2. Abu Shafalizail
  3. Muhammad Hafizul
  4. Amy
  5. Fauzi
  6. Nik Nurmaisara
  7. Nur Fatin
  8. Me
Unplanned activity. After kebosanan duduk di office & hujan yang selalu mengacah2. At last we all decided to go to Chemerong Waterfall. I yang mengutarakan proposal. Hehe. Then they all setuju. Pergi dengan dua buah kereta (ferrari & honda). Masuk je kereta they all kata tukar plan. Tak jadi ke Chemerong coz dekat sana air deras + hujan.


So we all pergi ke Panching Waterfall. Dekat aje dalam satu jam compare pergi ke Chemerong Waterfall dalam dua jam setengah.


On the way to hujan la pulak. Lebat! Yang tak tahannya kereta ferrari bocor. Kahkahkah. Depan & belakang. So kenalah tadah dengan botol bagai & seangkatan dengannya. Luculah. Mujur tak banjir dalam kereta.


Sampai dekat sana dalam pukul 3.30 pm. Macam takda orang je dalam perjalanan masuk ke air terjun tu. Bila dah separuh jalan baru nampak banyak kereta keluar. Orang lain semua dah nak balik but we all baru terkedek2 pergi ke sana. Orang lain semua dah puas mandi.


Welcome to Sungai Pandan Waterfall aka Panching Waterfall


Menyeberangi sungai. Tinggi macam Tree Top Walk. Kehkehkeh...


Sambil2 jalan snap gambar

Nampak je tempat cantik terus pose & ambil2 gambar. Ingatkan sign tu ada tulis Panching Waterfall ke Pandan Falls ke rupa2nya kolam dewasa & bla bla bla. Sangat malas membaca. View dekat camera barulah perasan.

Part bawah sekali ada kolam kanak2. Siap ada slide lagi tu. We all terus naik ke atas.

Subhanallah...Cantik!


Sangat cantik. Nyaman.


Dalam syok2 depa mandi hujan lebat pulak. Jeleslah tu. Tunggu punya tunggu hujan tak berhenti2. So terpaksa & memaksa diri pergi salin baju.


Then terus ke Kuantan Parade. Shopping2 time. Wink2.


p/s: Mahu pergi lagi. Nak mandi pulak. Nak bawak camera sendiri.

Sunday, January 29, 2012

Dry to Wet


Kalau dah namanya orang melayu of course la banyak adab & pantang larang dalam kehidupan seharian. Tapi macam mana kalau dah tak ada adab @ tak tau adab @ buat2 tak tau?


I nak cakap pasal sidai pakaian. Bengang betullah dengan diorang ni. Kita duduk bersama. So pandai2lah jaga adab masing2. Especially to siapa2 yang pernah stay dekat hostel, college @ menyewa rumah dengan member2.


Kalau nak jemur kain jemurlah jauh daripada baju orang lain yang dah kering. Janganlah ko pergi sidai baju korang yang basah tu dekat dengan baju depa yang dah kering tu. Nanti baju depa dah jadi basah balik. Tak ke naya je elok2 je dia nak angkat tengok2 baju dah basah balik. Bengang weyyy. Kecewa pun ada.


Kalau tak ada tempat nak sidai baju angkatkanlah baju depa yang dah kering letak dalam baldi ke apa ke. Tapi make sure baju depa tu dah betul2 kering.


Jangan buat marah orang je & jangan tambah dosa depa yang u all buat depa marah.


Lastly yang dah sidai baju & tahu baju dah kering, cepat2lah angkat. Jangan biarkan aje macam korang sorang pulak yang punya ampaian tu.

Saturday, January 28, 2012

My Pic dicilok by Somebody


Huhu . . .

Try2 search picture pasal Dalacin T guna google image (Crome). Saja2 nak tengok my pic ada ke tak. Hehe. Then ada @ 1st page. Try scroll2 ke bawah lagi. Then nampak lagi pic yang sama tapi dah dicrop. Huhu.


Ada sorang minah ni telah sewenang2nya mencilok, mengcrop, then membuat and mengpos entry pasal pimple and use that pic. Huarghhh I tak tau nak cakap apa perasaan ni. Coz that pic is my pic. I yg snap sendiri. Sungguh tak beradab.

Patutlah sebelum2 ni I ada baca orang lainnya entry pasal bengang dengan aktiviti cilok mencilok gambar @ artikel dari page org lain then takde mention dr mana source pic tu @ creditkan ke. I guna pic org lain pun I creditkan and I linkkan ke page depa.


before: empunya blog (from this entry)
after: copy dari pencilok

Sama tapi tak serupa? @ memang pic yang sama?

I tak kisah @ boleh dimaafkan if dia tak tau ethic macam mana nak credit to the others. Tapi janganlah sewenang-wenangnya guna hak orang lain w/o permission. At least mention la pic tu from google ke apa ke kan?

Mode: I sgt kecoh...kehkehkeh...

Thursday, January 26, 2012

5 become 4


Salam...
The name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.

Seriously I feel sooo lazy, sleepy, tired, no sense, bla bla bla. Because of long holiday. Didn't go anywhere. Just stayed at home. 

Then my sis got an offer to a boarding school. When admitted to boarding school of course la she must to wear a proper cloth *baju kurung* for prep. But before she never wear baju kurung except for schooling & reading al-Quran.

Fortunately my mom got a few pairs of not sewn cloths. She asked me to sew 5 pairs of baju kurung for my sis.
What??? 5 pairs baju kurung for 3 days???

Owhhh! Always last minute.

I'm not a competent tailor ok?


The cloths

Only 4 pairs completed *disappointed inside*.

Alhamdulillah. It's better than nothing. Could save a little. No need to pay to the tailor. Ngeee.


p/s: hey 'lil sis study smart yeah... & for me work smart yeah...

Awak Sangat Bijak !!!



Wohhh . . .
Bijak sungguh . . .
Bawa camera (ke Terengganu) . . .
Tapi tak bawa battery charger (di Melaka) . . .
Sangat bijak . . .
Unbelievable . . .

Tuesday, January 24, 2012

Pawww...


Whoot...whoot...whoot...
Bestnya jadi student. Dapat voucher untuk beli buku & etc. Yang dah keje ni sgt jeles.
My sis tak tau nak beli apa lagi coz semua stationery & buku dah beli. So dia ajaklah I pergi sekali *tolong perabih voucher*. Yeahhhh.

U all dapat?
I want a piece please

Alangkah bestnye kalau government buat dari dulu lagi. Tak payah parents yang hidup susah bersusah-payah nak pinjam duit sana sini untuk beli buku & sebagainya.

Teringat time study dulu. Masa class water. Ada lecture dalam lab. Lecturer tu  Puan Norlila Syuib.

If I'm not mistaken lah.

Beliau ada cakap kita semua ni sepatutnya tak payah nak apply2 study loan. Government kaya, banyak duit. Duit tu cukup untuk bagi scholarship dekat semua student yang dapat further study. U all yang mampu mengubah.


Parents kita bayar tax itu tax ini. So duit itulah sepatutnya digunakan untuk anak2 kita. Bukannya disalurkan untuk dibuat benda2 yang tak sepatutnya & tak mendatangkan faedah.


Tak payah nak bayar2 balik dah abis study nanti. Ni tidak, keluar2 universiti je dah ada hutang riban2 if u all bukan scorerlah. Macam PTPTN sekarang ni u all kena bayar interest lagi sampai 4% (masa tu la-sekarang dah 1% je-ngeee-alhamdulillah).

So u all dah keluar nanti, jadi someone yang sepatutnya, buatlah something yang boleh solve problem ni. Mana tau nanti u all & anak2 u all boleh dapat scholarship & mudah untuk further study.

Kita kerja nanti dah semestinyalah akan menyumbang untuk government jugak. Menyumbang untuk memajukan negara jugak.

Wallahualam...

Monday, January 23, 2012

Release Mind at Chendor


Chendor sokmo. Kalau bukan Chendor tak lain tak bukan Cherating @ Kerteh. Bila mau ke tempat lain? Banyak songeh pulak. Alhamdulillah dapat jugak berjalan daripada tak pergi mana2 kan?


Pergi dengan 2 buah kereta. Ida's & Nordin's. Thank you u all. Yang lain2 Sara, Fatin, Adam, Mun, Joe, Firul & Wan.

Sedang menikmati sata.

Lepas azan Maghrib terus ke Masjid Geliga. Solat dekat sana. Lepas solat discuss nak pergi makan kat mana.

On the way balik singgah makan di Gong Pauh.

Dilema makan.
Sampai je bab makan, plan kemain lagi nak makan kat situ la, sini la, sana la. Last2 makan kat tempat yang sama gak. Aiyooo. Di Nasi Kukus Ayam Gong Pauh. Unfortunately Nasi Kukus Ayam habis licin. So order makan yang goreng2 aja.

Ok lah. Sampai di sini saje. Ada job nak buat. Tata..

Don't Bang My Car Door Please...........



Warghhh...
U tutup pintu kete I hempas kuat2???
Tolong tutup elok2, janganlah hempas kuat2...
Kalau rosak pun ade u nak repair?
I jugak kan? *bertahun tu nak repair - kena save tetiap bulan la kalau nak repair sendiri*

Dah naik kete org tu tolong behave. Jgn buat mcm kete sendiri/kete datuk u...


Kete I tu bukannya kete import yg serba bagus, OK?
Kete I tu bukannya kete lama/buruk/season yg pintu dia dah tak lut nak tutup dgn lembut2, OK?
Kete I tu kete yg sedang2 & ok2...
Sehitam & sekotor mana pun kete I tu I tetap syg...
Ade faham???


Pls close the door slowly but firm...

p/s: peringatan bersama apabila nak tumpang kete org lain...

Sunday, January 22, 2012

Happy Chinese New Year


Happy Chinese New Year...
Gong Xi Fa Cai...
Xin Nian Kuaile...
Selamat Tahun Baru Cina...


dpt sebijik tahun ni..Alhamdulillah..hehe..

Gatal Tangan


Tangan gatal2 sudah...
Bukan kurap @ allergic...
Dah lama tak pegang cam sendiri...
Takdak mood weh dok sini...
Seriously I don't like it...


Ooopppsss!!!


"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al Baqarah:216)

Jangan merungut2 naaa...


Saturday, January 21, 2012

Unoing @ Nite



Takdak kerja...
Bila boring dok dlm bilik...




Join depa main uno...
Layankan aje...
Kanak2!!!
Takda keje sungguh!!!
Ngeh3x...
Samalah...



Friday, January 20, 2012

One More Suck!!!


"Tak boleh ambik softcopy ye. Raw data je ye boleh tengok".

Ohhoooo..mcm tu ye?
Tak boleh nak softcopy?
Then kena buat sendiri2 ke data tu?
Keje satu company, satu department...

Ok!!! Fine!!!

Perghhh!!! dahlah banyak...
Kena bukak ring file yg tebal tu... 5 file okay?
Kalau u bagi softcopy bolehlah I nak sort data tu...
Indirectly bolehlah I ajar cara nak sort/filter ke...
Yeah...finally u tlg jgk carikan point tu lps u tgk I terkial2 cari dlm file & mintak tlg kan?

But unfortunately u cari manual aje?
Even u dah type masuk sume dlm excel???
Itulah...jgn kedekut...
I pun dah tawar hati nak ajr...
Just amek point yg u bagi tu aje...
TQ dear... ;)

Sorang lagi buat perangai mcm mamat lepas. Ooopppsss...jgn salahkan dia...dia tak tahu...dia igt I ni about his age aje.
Oooopppsss!!! I ni nampak muda rupanya...ngeeee...


p/s: Ermmm...cool...utk 3 budak yg terlibat kat atas ni x baik buat perangai mcm tu...biarlah...yg baik dibalas baik...yg jahat pun dibalas baik jugak...even kita rasa sakit hati...Allah je dpt membalas jasa baik masing2...


p/s: jgn sombong...tak baik...



Wednesday, January 18, 2012

Pineapple Tart for Chinese New Year


Happy Chinese New Year to who are celebrating it all over the world. Hope this New Year brings shining luck, flourishing prosperity, and greater success in your entire endeavor.

New Year aritu cuti lama. Ada byk masa so, buatlah pineapple tart for Chinese New Year yg akan datang. Ooopppsss loghatnye lah semua raya nak dicelebrate. 1 Malaysia maaa.

Tada...


Post guna Nationwide @ Kelemak. Clerk tu suggest guna pos Malaysia (laju). Depa tak jamin boleh sampai sana dgn rupa bentuk asal. Alamak!!! Lama gak fikir. Takut gak sampai nanti CL Goh kena makan pakai sudu, takpun kena buang je terus. Lagipun tart yg I buat tu sgt rapuh. Fragile gitu.

Finally, tawakal ajelah. I pun malas nak ke pos Malaysia (laju). Lagipun dah ptg sgt. Alhamdulillah esoknya sampai ke Kedah dgn selamat. Immediately got mms from her.

CL Goh with pineapple tart.
Tak berapa nak comel dah tart tu. Oklah still ada rupa bentuk lagi. Yang penting sedap!!! Kahkahkah!!!

Lepas settle semua, I terus ke Bandar Melaka. Lalu dekat AUOSunpower. Jeling2. Rasa rindulah pulak. Ngeeee...

Tuesday, January 17, 2012

Jangan Kau...


Jangan pandai2 tentukan org lain punya hal. . .
Jangan pandai2 suruh org lain buat itu buat ini . . .
Jangan pandai2 request @ org lain itu ini . . .

Ko tau tak apa problem org lain tu?
Ko tau tak org lain punya tanggungan?
Ko tau tak tahap keikhlasan org lain tu setakat mana . . .

Ko tengok org lain pakai kete mewah, rumah mewah, cdt card ko dah cakap hidup dia senang lenang. Ko tau ke gaji depa bape after dideduct loan kete, rumah,  cdt card, study loan, etc? Ko tau tak after dideduct gaji depa sikit drpd ko?

Tolong faham . . .

Bila ko berada di tempat depa baru ko tau . . .

Jangan ko ingat bila ko tengok org lain nampak mcm senang dan2 ko ingat diorang tu sememangnya senang luar & dalam . . .
Ko tau ke yang diorang ni sebenarnya jugak banyak masalah . . .
Semuanya bergantung dengan diri sendiri dalam menangani masalah masing . . .


p/s: Peringatan utk diri sendiri jugak...

Having Fun d'Cherating


Best...
This time went with JBK pakage...
Eating & eating & eathing after having fun beaching @ Cherating...


ice-cream; compulsory appetizer before we get wet

a lot of foreign surfers


one of our colleague get injured caused of barnacle, maybe

sunset

time to say goodbye

Tooo happy until we experienced something scary at night...

Monday, January 16, 2012

Spooky Nite


Serammmmm...

Balik je mandi2 dkt Cherating terus masuk bilik.
Sara pergi office coz lupa nak kunci office.
On the way balik bilik Sara macam biasa lah jalan2 sambil gayut dgn bf dia.
Then dia nampak bayang dekat belakg bilik kitorang.
I keluar at that time tengok dia tengok2 pelik dekat belakang bilik. I tanya dia ada apa. Dia pun ajak & suruh I tengok sama. Dia kata ada bayang2. I pun pergi tengok sekali.
Yessss...memang ada bayang2. Bayang2 kepala orang. Tengah mengangguk2. Tapi taktau bayang tu datang dari mana. Rasa pelik. tengok kat luar kawasan takda sapa2.

Then kitorang pergi ke hall. Bukak tv konon2 nak tengok tv. Nak tunggu budak lelaki sampai. Bila depa balik je btau depa. Ajak depa p tengok bayang tu. Sara and I terkejut coz bayang tu dah tak ada. Tetiba bulu tengkuk meremang. Then I terus cabut ke hall balik. Warghhh!!! Agak menggigil. Depa periksa2 kat depan belakang kawasan. Takda apa2. Keccoh2lah sikit. Budak lelaki ckp takda apa2. Ermmm nak sedapkan hati la tu.

Guard datang. Dia kata takda apa2 lah. Bayang2 dia. Dia ddk atas machine alihkan cable. Aikkk? Boleh percaya ke. I rasa dia nak menyedapkan hati kitorang yang girls ni aje. Takpalah...takmau fikir...biarkan ia berlalu...

Takmau fikir coz budak lelaki selalu kena kacau & yang girls belum pernah lagi.

Ya Allah lindungilah hamba2MU yang lemah ini.

Hihihihihihihi....

Sunday, January 8, 2012

Tips Menangani Mulut Celupar



Lately ni mulut I bila bercakap macam tak boleh nak control. Kalau boleh nak sembur je semua2 orang. Nak nak dengan keadaan yg serba kekurangan ni & serba daif.
Nah...Kalau terasa mulut korang dah tak boleh blah dengan kata2 sendiri, so pandai2lah korang buat benda2 kat bawah ni ye.
  1. diam
  2. zikir
  3. istighfar
Selamat beramal...

Friday, January 6, 2012

Berdesing Telinga *Don't be Busybody*


Psst: Dulu I pernah cakap dekat orang lain macam tu jugak (kerja dia nampak senang je, nampak best je) tapi dalam hati je (tak terluah pun). Then dah bersama2 dgn dia baru I tau kerja dia macam mana.


Tiba-tiba semalam ada seorang mamat ni cakap dekat I.


Si Mamat berkata "Eh, kaulah cari point tu, kau takda kerja kan? Cuti lama. Tengok kau relax je".


Eh, kau peduli apa? kerja aku, aku buat. Bukannya tak siap pun. Kerja, kerjalah. Time balik, baliklah. Takda maknanya aku nak kerja overtime. Bukannya dpt OT/claim pun. Please jangan nak pertikaikan apa yang aku buat. Kau trylah buat apa yg aku buat. Wah10x kau kerja pun tak sampai 2 bulan dah nak pertikaikan kerja org lain pulak. Umur pun muda bertahun-tahun dari I.


Perghhhh!!! berdarah telinga dengar kata-kata mamat itu. Rasa nak bagi penampar je.



Kalau i dpt kje u pun i tak tau nak buat mcm mana kalau tak bg detail kje tu macam mana.



Kerja kita semua sama sebenarnya. Ada senang & susah. Takda bezanya. Cara kerja masing-masing je yang membezakan.




p/s: Peringatan utk diri sendiri jugak... mamat tu care sebanarnya bknnya nak menyibuk...ingat-mengingati dan berpesan-pesan ke arah kebaikan...i je yg terlebih emo...wallahualam...

Tuesday, January 3, 2012

Nervous *crying inside*


Uhuhuhu . . .
Nervousnye . . .
Sakit perut (tak keruan rasa) . . .
Start since nak balik Melaka on 28 Dec 2011 . . .
Takut jadi apa2 time drive . . .
Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat . . .
But at Segamat ada accident kereta dengan kereta . . .
Teruk . . . Kereta proton jadi pendek . . .
Jam dekat situ . . .


Harini pergi bandar Melaka . . .
Selalu dengar siren ambulan . . .
Then nampak ambulan . . .
Time pergi & balik . . .
Accident merata-rata . . .


Esok nak balik Terengganu . . .
Rasa nervous jugak . . .
Esok balik naik bas . . .
Moga selamat sampai . . . 
Permudahkanlah perjalanan hambaMU ini . . .
Amin . . .




pandu cermat jiwa selamat di musim hujan


Sunday, January 1, 2012

2011 to 2012


Happy New Year !!!
Semoga tahun baru ini memberi barakah kepada hidup kita semua . . .
Semoga tahun ini menjadi lebih baik daripada tahun lepas . . .
Amin . . .


p/s:


  1. mahu menjadi lebih baik daripada sebelum ni . . .
  2. mahu menjadi lebih positif . . .
  3. mahu kuruskan part2 yg tak sepatutnya berlaku . . .



Method Statement for Protective Coating

Work Methodology References Project Quality Plan (PQP) Project Executive Plan (PEP) Integrated Management System Manual (IMS) Env...