Wednesday, January 26, 2011

Bebelan Drakulat


Ishhh..my mum ni dr pg sampai ke ptg..
Bercakap je..bebel je..tak abis2..
Dahlah ade athma..beringat cket mak oi..
Bosan weyyy..

Then semalam..
My mum & I tgh baring2 sambil tgk berita tv3..
Mak I bebel lagi..sambil2 baring pun boleh bebel..I confuse nak dgr bebelan my mum ke berita..yg mana lebih penting? so time iklanlah I dgr my mum bebel..

Coz I ddk serumah dgn my parents so I lah pendengar setia bebelan my mum..
Dah hafal dah ape dia nak bebel lepas ni..
I tunggu je lah (pendengar setia lah katakan)..
After my mum habis membebel..giliran I pulak nak bebelkan my mum..

Me: Mak, mak tak penat ke bercakap dari pagi sampai malam?
Mum: Kah..kah..kah..kah..kah..

(Aik? I ingat dah nak kene "pang" lepas I tanya..rupa2nye my mum ketawa tak berhenti pulak~takut kene serangan athma la pulak)

Ape yg lawak pun I tak tau..maybe my mum terperasan yg dia sudah membebel melampaui batas harini..
My dad yg ddk kat kusi pun berlalu sambil thn ketawa kot (I nampak tapi buat2 tak nampak)..

Haha..
Time skrg la nak dgr bebelan2 mak..
Nanti kalau dah takde mulalah teringat..kalau mak ade mesti..kalau mak ade mesti..kalau mak ade mesti..
Mesti rindu nak dgr bebelan mak nanti..
Just hargailah mereka sementara mereka masih ade & kite masih berkesempatan berbuat sedemikian..

Al-Fatihah kepada ibu2 yg telah lama meninggalkan kite..
Moga roh mereka ditempatkan bersama org2 yg beriman..
Amin..

Whatever it is I love my mum very much..


Monday, January 24, 2011

Sense of Beautiful


Assalamualaikum wbt..

Nak promote cket pasal page ni "Sense of Beautiful".
Kepunyaan my friend.
Ade jual macam2 jenis accessories & pakaian wanita.
Macam2 jenis perfume, tudung, supplement (Tasly & Redianze & minuman kesihatan mangosteen).
Sesiapa yg berminat bolehlah ke page beliau ni ye.



Persoalan Terjawab


Dok pelik2 sensorang time weekend..
Gambar dlm blog semua hilang..
Check2 picasa..ok..tapi nape sume gambar tak keluar?
Sedih dah time tu..
Ingatkan storage dah full..
Kene upgradelah pulak..
Ape problemnye?
Rupa2nye album for this blog telah terprivate..
Sape tah yg privatekan?
Takde privasi langsung..
Baru je notice pagi ni..
Mcm mana boleh jd mcm tu pun I tak tau..


Kasih Gunung Datuk (Part I)


Location: Gunung Datuk, Kota, Rembau, Negeri Sembilan
Date: 22 Jan 2011
Arrival: 8.45 am
Departure: 10.20 am
Ticket: RM3 

Gerak dari Masjid Tanah
Plan nak overnite @ rmh Syer tapi I ade part time pulak mlm tu.. so terpaksalah gerak dari rumah pepagi buta..
Baru nak try guna GPS tepon pulak rosak..so guna aje google map..katanye dlm 35 minit..tak jauh pun..dlm 45 minit I sampai..gerak dlm ko 8..sempatlah isi minyak & pam tayar & beli air&roti..
4 kete dari KL
Dlm 13 org semuanya (L=8, P=5 termasuk I).
Sampai pun awal so tunggu depa sampai
Pergi toilet.. buang apa yang patut..
Register then kene bayar RM3



~at the peak~lega~bersama mereka2 yg di belakang tu~mampu duduk je~nak menikmati view yg 360 degree tu pun I tak heran dah~


Warm up guided by En Wan.
Pergelangan kaki tergeliat lah pulak kat belah kanan time warm up tu.

Amek gambar dulu sblm naik. Start hike pukul 10.20 am. Mula2 track ok lagi. Lepas je seberang sungai track dah jd mencanak tapi tak lah sehebat mana pun. I je yg jakun. Tak sampai sepuluh minit dah tak larat. Apekah? Siapakah yang tak larat tu? (I lah tu).

Step dia tinggi2..hike tu lutut mmg sampai ke dagu punya + merangkak2 mcm juon (I lah tu? bukanlah bagi siapa yang agak rendang & katek aje). Banyak kali stop (I lagi).

Seriusly I mmg tak larat. Dalam hati dah menyumpah seranah ke diri sendiri. + agak menangis. Kenapalah I nak ikut. Gatai sungguh. Mmg dah rasa takmau naik & takmau turun dah. I rela tinggal je kat situ. Kalau ade helikopter nak amek sgt2lah dialu2kan. Nak nanges dah. Dah nanges dah pun tapi senyap2 je takut org nampak. Malu...

Ketar2 & gigil2 kaki & tangan. Macam parkinson pun ade. Time ni kalau org nak mengutuk ke ape ke I dah tak kesah. Kutuklah sepuas hati. I dah takde kuderat nak bercakap even makan & minum pun I dah tak mampu. Azab.. macam menunggu nyawa utk dicabut. Ni baru Gunung Datuk. Kalau gunung lain mesti I dah pengsan..

Then teruskan perjalanan. Berhenti lagi. Time ni dah semput. Rasa ngantuk. Nak baring je. Kate En Wan tak cukup O2 that's why la I rasa ngantuk coz pagi tadi minum air teh je. Nak makan takut nak terberak pulak. Payah lah nanti. So En Wan pun keluarkan kuih raya sebotol (Almond London lagi tu~my feveret tu). I taknak tapi demi utk meneruskan perjalanan & takmau menyusahkan org I ambiklah 1 utk up energy. Sekali lagi mmg I betul2 dah tak mampu nak makan. Takde hati langsung. Even Almond London tu feveret I. Mmg I boleh habiskan sebalang tu sekaligus tapi kali ni sebijik pun terkial2.

Masa mula2 hike taknak keluarkan camera..konon2 nak keluarkan time dah 1/2 gunung & masa nak turun nanti. Last2 tak keluarkan langsung (time kat puncak je~itu pun 2-3 ketul je~gayat takut jatuh). Takde hati & takde mood langsung nak keluarkan camera. Rasa mcm nak campak je camera ke bawah. Buat berat je. Menyesal tak sudah. Bawak compact lagi bagus. Sampai kat bawah tak menyesal pun tak amek gambar byk2. Tapi time tulis blog ni nyesallah pulak coz xde gambar best2 nak tepek kat sini.

Adoiiii.. ada orang langgar my kaki..sakitttt..seram sejuk dah rasa..simptom2 nak bentan ni..
Sampai sini dulu.. I nak pergi ligan itu orang.. Next entry pulak..
Daaa..


Sunday, January 23, 2011

Pelik


Kenapalah gambar dekat entry2 yg lepas hilang?
Macam mana boleh jadik macam tu? 
Pelik..pelik..pelik..
Arghhh!!!
Bengang..
Grrr!!!
Tak paham..tak paham..
Header pun entah ke mana..




Mode Today


Sakit kaki. Pergelangan kaki terkehel. Dah bengkak.
Sakit kuku kaki. Dah lebam.
Muscle pain. Muscle dkt lengan+betis+paha.
Jalan macam robot.
Macam ade pembentukan six pax. Hahaha.
Letih lagi.
Nak berehat2.


Saturday, January 22, 2011

Part Time Job @ Nite


Dah 2-3 hari i tidur lewat @ nite. Since i buat part time ni. Adesss, dah tak cukup tidur. Habislah by byk lah kedut kat muka nanti.


~Orkid hak milik Taman Rama-Rama Melaka~


Pukul 12 lebih dah start pergi kerja. Bukan buat kerja yg 18SX ye. Time tidur  pun dah berkurang from 8 hrs dah jadi 5 hrs. Owhhh dah tak awet muda. Keanjalan kulit muka sudah berkurangan. :(



Thursday, January 20, 2011

An Apple a Day . . .


Keeps the doctor away . . .

Tapi tiap2 hari seluar makin ketat . . . semakin hari semakin ketat . . . seluar i mengecut kot . . . pujuk hati sendiri nan lara ini . . .

Takde maknanye sehari sebijik epal jadi sihat . . . kalau dok melantak KFC, Pizza, BK, BR, junk food tetiap hari~tak hengat (i lah tu) . . . teringin itu . . . teringin ini . . . sekarang pun dok busy krup krap krup krap kunyah kopok mi mi . . . non stop . . . ooopppsss . . . puasalah . . . nak menten konon2 . . . sebab makan sokmo . . .

Ermmm . . . tahun ni ramai yg berazam utk berdiet demi mendapatkan susuk tubuh yg cantik, menarik, menawan macam kerengga gitu . . . kalau hourglass lagi best (susuk tubuh idaman~yuhuuu) . . .


Epal dah kecut tangkai . . . tak elok dah tu . . .
Lain kali kalau nak beli buah epal pilih tangkai yg belum kecut/kering lagi . . .

Nape sume org nak kurus ni?
Of course la nak bagi body nampak cantek di mata org. . . nak bagi org pandang berkali2 . . . boleh pakai baju cantik2 . . .

Ooopppsss . . . niat tu dah salah tu . . . patutlah payah je nak menjadi yep . . .
Then baru perasan . . . baru la edit niat kedua, ketiga, keempat nak jadi sihat & jaga asset yg dipinjamkan Allah dgn sehabis baik pergi letak dekat no 1 . . .

Lagi satu tak tahan dgn hasutan setan & nafsu serakah ke makanan yg best2 . . . perghhh !!! tak tahan . . . tak tahan . . . tak tahan . . . baru sikit je dugaan dah tak tahan . . .

To all yg kat luar sana yg bertungkus lumus menjerumuskan diri utk berdiet moga berhasil . . . u can do it !!! kene ada discipline diri yg kaw2 . . . wish u luck . . .


Wednesday, January 19, 2011

Huda & Adi (konon2-Pre Wedding)

Mangsa: Huda & Adi
Lokasi: Pantai Pengkalan Balak & Taman Bukit Beringin, Masjid Tanah
Mode: Sakit perut (bukan cirit ye) & no probs (Sabtu & Ahad)


Last weekend pergi buat photoshoot yg direquest oleh my sis. Coz diorang nak gambar utk letak dekat banner masa majlis kawen nanti. I pun berdesup je pergi coz nak muntah dah tengok langsir yg tak siap2 & selebet je memanjang.

So we all buat rombongan Cik Kiah ke Pantai Pengkalan Balak. Pergi pun dah petang. Then hujan lebat melanda. Hasilnya 2 ke 3 ketui je gambar yg dpt.

~boleh pandang-pandang~


Keesokan harinya buat lagi Rombongan Cik Yam ke Taman Bukit Beringin. Mendung memanjang. Matahari malu-malu nak keluar. Perasan sungguh macam la kitorang nak shoot dia. Kat sini pun gerimis. Cisss. Salah timing daa. . .


 
~cak kun cak~

~jaundice ke ape ni~kuning semacam je~


~duduk renggang-renggang~


~natural color~
~dah rapat lah pulak~


Tuesday, January 18, 2011

Minum MILO Anda Jadi Sihat & Kuat !!!

 


Ponggal Festival = Thanksgiving


My 1st experience menyaksikan Pesta Ponggal di depan my naked eyes. Pesta Ponggal merupakan pesta keramaian bagi merayakan hasil tuaian padi bagi orang Hindu.

Tempat kejadian adalah di Taman Sri Sutera di Pengkalan. Mostly penduduk taman tu adalah Indian. So time we all sampai utk fetch Sattya, masing2 sedang memasak Nasi Ponggal dekat depan rumah masing2. 

Just Sattya je yg tengah membuta. Panggil2 tak berjawab. Sementara tunggu Sattya bersiap, Geetha & her mum bawak we all jalan2 sekitar taman. Tengok pesta yg diraikan. Pergi dari sebuah rumah ke sebuah rumah. Macam pergi beraya pulak.

Ohhh . . . thank you aunty . . . thank you Geetha . . .


~melukis KOLAM depan rumah Geetha~


KOLAM ni dibuat drpd tepung beras. Then dicampur dgn pewarna. Bukan water color ye tapi pewarna makanan. Lepas tu create la apa2 corak kat atas lantai depan rumah.


~Nasi Ponggal dimasak bwh tebu~tradition~konon2 nasi jadi sedap & manis~





~beginilah rupanya Nasi Ponggal~
~yang  hitam seketui tu kismis ye~
~gila manis sampai boleh terkencing~

Rasa Nasi Ponggal ni manis ala2 kuih sugi gitu. Nasi Ponggal ni dimasak dalam clay pot. Ingredient yg digunakan adalah beras, susu, minyak sapi, gula merah, kismis, kekacang.


~eyppp!!! jgn masuk lagi . . . dah sudah masak pandai2 kemas ye~


~haaa...tau takut~kalau idak main tinggal je~

Nak tau pasal Pesta Ponggal ni dgn detail lagi silalah ke sini ye @ kat sini pun boleh . . .

Monday, January 17, 2011

Bertemu Akhirnya


Alhamdulillah . . .
Setelah sekian lama tercari-cari, tertinjau-tinjau, tertunggu-tunggu, ternanti-nanti, tertanya-tanya  . . .
Akhirnya . . .
Ketemu sudah . . .



~curi profile picture dari facebook Pak Lias~kah3~
 ~ada sape2 kenal dgn ini uncle?~


Kalau dah jodoh tak ke mana kan ??? 
Ikatan termeterai dgn disaksikan oleh Bro Jasni, wife, anak2 & cucu2 Pak Lias (16/01/2011) . . .
Hahahahaha . . .

Masa jumpa dgn Pak Lias, Pak Lias tak berapa sihat . . .
Doakan Pak Lias sembuh seperti sediakala yep kawan2 . . .





Baby Sashwin


Welcome to the world to Baby Sashwin . . .
Congratulations to Thanaletchumy, hubby & Jitesh . . .



Pergi ke rumah Thana dengan Alina, Adila & Sattya  sabtu lepas (15/01/2011) di Taman Muhibbah, Gemencheh, Negeri Sembilan . . .
Planned last two weeks . . .
Coincident time tu perayaan Ponggal bagi Indian . . .

Sebelum ke rumah Thana we all ke Taman Sri Sutera @ Sri Pengkalan untuk ambil Sattya . . . then jumpa Geetha . . .
We all sempat menyaksikan their neighbourhood memasak nasi Ponggal & dapatlah info2 sikit about pesta Ponggal ni . . .


~kasihnya ibu . . . membawa ke syurga~


~Jitesh yang cute~
~always kene buli dgn kazen~


~ibu mithali...ibu yg sejati~


~pass~


~hurmmm~xde bakat~


~Sattya & Jitesh, Thana's 1st kid, Sashwin's big bro~



Friday, January 14, 2011

Dataran Keris Alor Gajah


Mereview picture lama-lama di zaman dulu kala . . .
Gambar takde yang best . . .
Takde yang menarik minat . . .

Picture two years ago . . .
Masa mula-mula bekerja dengan M.E.I Consultants . . .
Time puasa kot . . .
Meronggeng-ronggeng di Pekan Alor Gajah bersama Asz & Ida . . .


Dataran Keris (Dataran Alor Gajah)


Tujuan untuk ambil gambar aje . . .
Nak masuk Muzium Adat Istiadat Melayu Alor Gajah tapi tutup coz time  tu lunch hour . . .
Tak boleh masuk so kitorang just jalan-jalan dekat area Muzium Adat Istiadat Melayu Alor Gajah tu & kawasan sekitar . . .

Thursday, January 13, 2011

Shopping sakan @Jipaban!



Petanda Buruk ???


Since semalam lagi . . .
Takutnye . . .
Mata kiri belah atas asyik berkedi-kedip aje . . .
Sekarang pun dok berkedip-kedip lagi . . .
Nak tengok orang pun segan-segan . . .
Takut depa dok kata I nak mengurat depa . . .

Bak kata orang kalau mata belah kiri berkedi-kedip kita akan menangis . . .
Thats mean benda yang tak best akan berlaku . . .
Ye ke ?
Apa ye ?
Tak keruan ni . . .


Souvenir Lagi



Got another souvenir last week . . .
This time is from SB . . .
Drawing bookmarks from Spain . . .
Thank you very much . . .



Ooopppsss !!!
There is Clenx Tea (NH Detoxlim) from Miss Goh . . .
I'm not consuming it . . . hehe . . . just curious with the effect . . .
Teringin nak try not for slimming but for regulate bowel movement . . . hehe . . .


Wednesday, January 12, 2011

Penyakit Jantung Berjangkit


Alhamdulillah my dad dah discharged last Monday . . .
Dah ok . . . tapi kena jaga makan, tak boleh stress2 & marah2 . . .
Still kena follow up dengan GH Melaka . . .
Ubat takboleh tinggal . . . kena bawak ke mana2 . . .

Lepas sehari my dad keluar dari hospital, Pak Uda call rumah bagitau yang my uncle pulak masuk hospital . . .
Pak Uda bagitau yang Pakcik pun kena serangan jantung sambil . . .
Pak Uda bagitau yang Pakcik kena sakit yang sama dgn abah & duduk di wad yang sama dgn abah . . .
Dah macam lawak pulak . . . penyakit my dad berjangkit ke Pakcik pulak . . .
Sian Pakcik . . . moga cepat sembuh . . . Insyaallah . . .

Hujan Oh Hujan


Hujan Oh Hujan

Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari.
Kamu telah membunuh hajatku utk pergi ke Peringgit Jaya semalam.
Tak dapat den nak berjumpa dgn someone.
Dahlah tak pernah jumpa sebelum ni.
Tertangguh lagi.




Harap-harap petang ni tak hujan lagi.
Ooopppsss !!!
Dah hujan dah pun...
Ishhh...


Salah Siapa?


Tengok video kat bawah ni dekat wall facebook my kazen petang tadi. Dua orang yang mecuri getah skrap dipaksa memakan getah skrap. Dah lama kes ni berlaku.


Kesian la tengok budak dua orang tu. Dahlah kena makan getah skrap tu lepas tu kene belasah lagi. Negara kita kan ade undang2. Serahkanlah pada undang2 untuk menentukan hukuman.

Memanglah diorang buat salah tapi orang yang beramai-ramai membelasah mereka ni tak berhati perut. Boleh pulak sepak terajang kepala orang sesuka hati. Kalau saya pantang orang main2 kepala ni. Membelasah tu dah dikira menyeksa. Agama pun melarang menyeksa walau binatang sekalipun.

Yang diorang ni pun satu, sape suruh mencuri? Kan tak pasal2 dah kene belasah dengan orang kampung. Dahlah orang kampung yang menoreh getah ni bukannya dari golongan yang kaya raya. Yang korang mengganggu periuk nasi depa buat apa?

Jangan salahkan ibu mengandung...


Jeti Umbai


Jeti Umbai di Melaka.
Medan Ikan Bakar Pernu-Umbai terletak bersebelahan dengan Jeti Umbai ni.



Sesiapa yang nak pergi ke Pulau Besar pun boleh menaiki boat dari sini atau di Jeti Anjung Batu.

Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 ~ Outdated Version


Tahniah kepada pemenang-pemenang Anugerah Juara Lagu yang ke 25. Macam ramai je yang tak berpuasa hati di atas kemenangan Ana Raffali (kenal Ana Raffali time lagu Kalau Berpacaran). Ok apa? Dah rezeki dia kan. Tapi kenapa Yuna tak menang? Aishhh...tekaan I meleset saman sekali. hehe..

Baru je tau result dia pagi tadi. Itu pun tanya my sis (outdated sungguh I). Tak sempat tengok sampai abis coz dah tertido dlm kol 9 lebih.

Pertama: Ana Raffali ~ Tolong Ingatkan Aku ~
Kedua: Meet Uncle Hussin & Black ~ Drama King ~
Ketiga: Hafiz ~ Noktah Cinta ~

Vocal Terbaik: Hafiz ~ Noktah Cinta ~
Persembahan Terbaik: Faizal tahir ~ Hanyut ~

Layan je video nyanyian diorg (outdated jugak)...
Erm..bila diorg buat ulang tayang? nak tengok...









Sunday, January 9, 2011

Kene Tag Lagi


Wahhh!!! kene tag lagi!!!
Macam best. No condition. I like. So nak buat la.

Title tag : I was tagged (sounds like ime's ablong)
Instruction : once you are tagged, answer all the questions honestly.

Person who tagged : Miss Hasrina
Starting time : 12.16 am

Name : afra
Full name : afraliza binti yusof
Sibling(s) :1/7
Eye colour : dark brown
Shoe size : 5
Hair : black
Height : 146 cm
What are you wearing right now : M.E.I t-shirt
Where do you live : masjid tanah
Favourite number : 3
Favourite drink : air suam
Favourite month : march
Favourite breakfast : makan apa yang ada

-Have you ever-

Broken a bone : nope
Been in a police car : yes, 13 years ago
Fallen for a guy/girl in a short period of time : always
Swam in the ocean : nope
Fallen asleep in school : never
Broken someone's heart : sometimes
Cried when someone died : once
Sat by the phone all night waiting for someone to call : never, tidur awal~awet muda
Saved e-mails : yes


-What-

Your room look like : macam tongkang pecah ~ penuh dengan wedding stuff
What is right beside you : catherwood drawings bookmarks from Scott
What is the last thing you ate : ayam masak merah

-Ever Had-

Chicken pox : yes
Sore throat : yes
Stitches : never

-Do You-

Believe in love at first sight : nope
Like picnics? : yes

-Who-

Who did you last yell at? : not sure
Who was the last person you danced with? : never~ermmm thinking
Who last made you smile? : myself

-Final Questions-

What are you listening to right now? : speak now
What did you do today? : visiting my dad
Are you the oldest? : yes
Indoors or outdoors? : both

-Last person who-

You talked to on the phone ? : my mum
Made you cry ? : myself
You went to the mall with ? : alone
Who cheered you up ? : myself

-Have you-

Been to Mexico ? : nope
Been to USA ? : nope

-Random-

Have a crush on someone? : nope
What books are you reading right now? : -
Best feeling in the world? : free
Future kids name? : one word~begin with AF~ooopppsss
Do you sleep with a stuffed animal? : nope
What's under your bed? : wedding stuff
Favourite sport (s) : trekking, hiking, swimming (haha)
Favourite place : jungle, orchard
Who do you really hate? : nobody
Do you have a job? : yes
What time is it now? : 12:30 am

Wanna tag :






Friday, January 7, 2011

Abah Masuk Wad


Rabu lepas abah masuk wad (expected sakit jantung) . . . 
Mak call i bagitau yg abah kene tahan wad. Time tu dkt wad Alor Gajah. Mak suruh balik nak hantar brg2 yg diperlukan. So my boss pun bagi balik.
Sampai je rmh mak bagitau abah ckp takyah dtg lagi coz abah kene hantar ke GH Melaka coz dkt spital Alor Gajah takde specialist. Abah tak bagi dtg coz kalau dtg pun bukannye boleh tgk. Kene tunggu kat luar lama2.

Time dtg dkt wad ni dah mlm . . .
Tak boleh masuk reramai. Kene masuk sorang2 & berdua still boleh. Mula2 my mum & adik masuk. I tak masuk lagi coz tak ready lagi. Takut. . .
Dah lama ddk kat luar then adik i panggil masuk. Ermmm. Abah nampak mcm ok je.



Abah baru lps discharge dr emergency ward~tak tukar baju lagi~naseb baik x tukar lagi~kalau tak i sedih nak tgk


Dr Naimah & Dr Loke~young doctors treating stroke patient
Best tgk Dr berdua ni~check2 uncle tu & discuss2 psl sakit uncle tu~mcm tgh study je


My sis yg ddk @ Teluk Panglima Garang balik semalam.
So dia yg bwk my mum pergi melawat my dad. My sis ckp doctor bagitau jantung abah bengkak & darah dia pekat. So abah mkn ubat utk cairkan darah.

I pulak EL harini coz abah tak keluar lagi. Mau jenguk abah & tinggalkan adik utk jaga abah tgh hari sampai ptg. Petang karang pulak pergi lagi. Harini darah abah kene ambil utk didiagnose kot. Tak tau la pasal2 spitalnye term ni.
Ermmm . . . Mak nampak mcm semput dia dah dtg la pulak . . .

Harap2 tak teruk. Takutnye abah sakit jantung. Takleh marah2. Takleh buat abah marah & tension2. Moga abah cpt sembuh.


Thursday, January 6, 2011

Hardworking


Worker of the year !!!


Rajin mencuri tulang !!!


Souvenir from Samchuk


Got this notebook from Miss Goh . . .
Souvenir from Thailand . . .


Always in coincident . . .
Coincident yg selalunye betul + mulut masin (Miss Goh) . . .


~Miss Goh's words inside~


TQ very much . . .
I really like it !!!
Boleh conteng-conteng . . .

Wednesday, January 5, 2011

I Was Warded Last 21 Years (Part 2)


Sambungan cerita from previous entry. . .
Nyampah dgn diorg (Miss Goh & Alina) yg gelak golek2 tu . . .
Nak start cerita dah ni . . .

Al kisah . . .

Tragedi berlaku time we olls balik kampung . . .
Time tu I darjah 2 . . .
Ramai2 tidur kat rumah nenek . . .
Pagi tu mak kejutkan . . .
I pun bangunlah, dulu2 sng bangun, org kejut je terus tegak berdiri . . .

Lepas bangun tu I terus pergi duduk kat tangga dapur . . .
Tiba2 I sedar tengok2 sekeliling I nampak Pak Ngah & my mum . . .
Aik? Kenapa tibe2 I ade kat rumah Pak Ngah?
Then I nangis . . . manje + ngade2 . . .

Pak Ngah baca ayat2 suci Quran dkt air dlm gelas then dia sapu kat muka I . . .
Ape lagi berkerut la dahi I . . . ape hal tetibe buat camtu . . . kan I baru bangun tidur ni . . .

Then reramai berkemas . . . nak hantar I pergi ke spital !!!
Ape kes? bukannye I saket pun !!!

Pakcik yang hantar I ke spital Kem Terendak (byk monyet) . . .
Tak ingat la ape yg berlaku kat spital tu . . .
Yang I ingat time doctor tanya I . . .

Doctor: Afraliza kenal tak sape yg hantar Afraliza ke sini?
I: Tenung doctor tu . . . then I geleng kepala . . . (I tau Pakcik yg hantar, tapi time tu I takde mood + malas nak jawab) seriously I tak sakit . . .

Doctor tanya lagi I geleng lagi . . . haha . . .
Tak pasal2 lepas tu doctor tahan la I . . . kene duduk wad 3 hari . . . mesti doctor tu ingat I dah mereng kot @ something wrong with my head . . .

Duduk ward nenek I la yg tuggu & jaga . . .
Kesian nenek I terkujat kene sergah dgn monyet2 . . .
Nenek I ape lagi bukaklah segala macam bunga silat berlawan2 & menjerit2 dgn monyet2 tu . . .
Monyet2 tu suke nak ambik makanan kitorang (kanak2 ribena) . . .


Yang sebenarnye I tak completely bagun tidur lagi . . .
Time duduk kat tangga tu I still tidur lagi . . .
Then jatuh tergolek dari atas ke dapur . . .
Pengsan kot . . . coz bangun2 tidur je I dah ade dekat rumah Pak Ngah . . .
Yang sebenarnye I pening2 & muntah2 thats why la diorang hantar I pergi spital (yg ni I tak ingat langsung~mak baru bagitau~hehe) . . .
Begitulah ceritanye . . .

TQ kpd semua yg prihatin . . . hehe . . .
Al-Fatihah buat arwah Pak Ngah, Hj. Abu Bakar bin Kasim . . .


Tuesday, January 4, 2011

Pelarian di Tahun Baru


Dalam berseronok2, bersukaria, berhuha huha, berjimba2 . . .
Jangan lupa terhadap insan2 yg tidak berkemampuan . . .
Mereka juga berhak utk sama2 merasai kenseronokan hidup. . .


Beginilah naseb mcm bangla tgh naek lori . . . yg laen2 kene tahan dkt lokap . . . tak sempat lari . . .

Hidup ni kene sentiasa pandang ke depan utk memajukan diri . . .tapi sekali sekala kene jugak toleh ke belakang utk mengingati dari mana asal usul kita. . . so takde la nnt kite jadi sombong, bongkak, bangga & lupa diri . . .


I Was Warded Last 21 Years (Part 1)


Teringat borak2 time dinner dkt Asam Pedas Hajjah Mona last year.
Uishhh mcm dah lama sgt bunyinye. Padahal baru last month je.

Dengar cerita Miss Goh yg dia dah 2 ke 3 kali admitted ward.
Kene operate itu la ini la. Fuhhh !!! byk experience bedah rupanye Miss Goh ni.
Tang perut la, tang tengkuk la, tang leher la.
Tapi yg bestnye tak nampak pun scar dkt tempat operate tu.
Kalau ade org bagitau @ Miss Goh sendiri yg bagitau dan ditenung lama2 mmg nampak scar tu tapi tak berapa jelas la.

Bak kata Miss Goh dia sgt lucky. Yesss she is the luckiest person. Coz scar dia cpt recover . . .

Ape ni? Dah cite pasal Miss Goh lebey2 pulak. I nak cite pasal I bukannye Miss Goh.

Next entry la I cite macam mana I boleh masuk ward pulak. Bengang betul bile diorang boleh gelak golek2 bile I cite pasal mcm mana I boleh masuk ward.


Monday, January 3, 2011

Lembeknye Cik Tam


Tiada lagi Cik Tam yang  SPORTY, SINGLE & SEXY.

Before
~posing tepi bunge lagi~


After
Calar-balar dek buatan sendiri
~Comot sudah~tak suke tak suke~


Cik Tam mendapat cacat kekal akibat kelalaian ownernye sendiri.
Lembutnye Cik Tam selembut hati ownernye. hehe.
Terkena kete sorong je pun.
Adeh!!! bwk bersabau ye Cik Tam.
Takleh nak buat rawatan kecantikan lagi.
Sikit je kan. Tunggu parah baru boleh buat ye.

Saturday, January 1, 2011

Baby Irdina Ayuni


Welcome to the world !!!


Irdina Ayuni :: sdp nama dia :: chumil

Petang smlm pergi tgk baby Ayuni, daughter of Weni & Win . . .
Dah lama nak pergi tgk tapi tak berkesempatan . . .
Janji dgn Fariza nak pergi sama2 . . .
Akhirnya tercapai jugak hasrat . . .


warghhh!!! lapaq!!! nak nenen :: kene buli dgn mama

Baby Ayuni was born on 9 Dec 2010.
Weight 4.2 kg . . .
Big baby category . . .


she's not my mama :: where's my mama

Bye Bye 2010 .::. Hi Hi 2011


Salam 2011 utk semua.
Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2011.

New year New me...
Ooopppss!!! I still the same like before.
Just nak jadi yg lebih baik dari yg sebelumnya.

Sempena tahun baru ni ramai yg berazam.
Macam2 azam yg dipertaruhkan. hehe.
Gud luck semua.
Moga tercapai azam2 yg baik itu.

I jugak yg xde azam. Berserah dgn apa yg akan terjadi.
Nak bebas dari hutang piutang & tak mungkin akan berlaku pd thn ni lama lagi akan langsai.

Method Statement for Ultrasonic Pulse Velocity

Work Methodology Construction Procedure Identify and mark test location. Measure path length of test location. Apply grease o...